Suara Semeja Untuk Keamanan Rakyat Malaysia
Bukit Aman - 20 Disember 2011
JPOL atau dikenali Jawatankuasa Penyelarasan Operasi dan Latihan merupakan
sebuah kerjasama operasi dan latihan di antara Polis Diraja Malaysia
dan Angkatan Tentera Malaysia yang telah lama diformulasikan pada tahun
2008. Objektif utama kerjasama ini adalah untuk menentukan tahap saling
bantu membantu dalam semua aspek operasi di antara PDRM dan ATM bagi
menangani ancaman Kententeraman Awam.
Di samping itu, eksesais
ini juga bagi mempastikan tahap kesiapsiagaan PDRM dan ATM dari aspek
kemahiran keanggotaan, kesesuaian penugasan, sistem kawalan komunikasi
serta kelengkapan peralatan logistik. Di dalam mesyuarat tersebut turut
membincangkan program-program di antara ATM bersama PDRM di bawah Blue
Ocean Strategi. Kesemuanya adalah berkisar kepada kepada inovasi dan
kreativiti yang akan membawa kesejahteraan serta keamanan berpanjangan
terutamanya kepada rakyat di Malaysia. Ini merupakan suatu gabungan
hebat bagi mencapai KPI penurunan indeks jenayah melalui program Blue Ocean Strategi.
Petang ini, satu Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Operasi Dan Latihan telah
berlangsung di Kompleks 1, Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman. Ketua
Delegasi PDRM diketuai oleh YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam manakala Ketua
Delegasi bagi ATM Lieutenant Jeneral Datuk Raja Mohamad Affandi bin Raja
Mohamad Noor, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia.
Mesyuarat turut dihadiri Y.Bhg Datuk-datuk, YDH Dato'-dato dan Tuan-tuan ahli jawatankuasa tetap JPOL PDRM dan ATM.

Mesyuarat yang diketuai oleh YDH Dato' Pengarah KDN/KA dan Y.Bhg Dato' Ketua Staf Markas ATM
Barisan jawatankuasa Delegasi PDRM




Barisan jawatankuasa Delegasi ATM





Pertukaran Cenderahati di antara kedua Ketua Delegasi

Bergambar kenangan di hadapan Kompleks Menara 1 Bukit Aman



Beramah-mesra selesai mesyuarat
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo