Suami Isteri Jual Air Ketum Diberkas Di Besut
Besut,
3 Dis - Polis menahan sepasang suami isteri dipercayai bersubahat
dengan anaknya menjual air ketum di Kampung Lay Out Gerai Muda, dekat
Jerteh, di sini, Ahad lepas.
Ketua
Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, pasangan
suami isteri berusia 55 dan 52 tahun itu diberkas dalam serbuan
sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah,
kira-kira 8.30 pagi di rumahnya yang turut dijadikan tempat memperoses
dan membungkus air ketum.
Menurutnya
pasangan itu diberkas ketika berada di ruang tamu rumah mereka dan
pemeriksaan lanjut polis menemui satu bungkusan plastik besar yang di
dalamnya mengandungi 50 bungkus kecil air, dipercayai air ketum.
"Siasatan
ke bahagian belakang rumah suspek pula, turut menemui satu guni lagi
daun berwarna hijau seberat 15kg dipercayai daun ketum yang belum
diproses", katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kamaruddin
berkata, polis turut menemui 50 lagi bungkusan kecil air ketum di
belakang rumah itu yang menjadikan keselurahan air ketum yang dirampas
berjumlah 100 bungkus.
Beliau
berkata, siasatan mendapati daun ketum berkenaan dijual dengan harga
RM25 sekilogram manakala sebungkus air ketum yang dirampas dijual dengan
harga RM2.50 sebungkus.
Katanya,
suspek utama yang terbabit memproses daun ketum tersebut adalah anak
lelaki pasangan suami isteri berkenaan yang tiada di rumah ketika
serbuan dijalankan.
Pasangan tersebut ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Sumber : BERNAMA