Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Semangat Sazali Terus Membara

Diterbitkan: 18 Jun 2014 6.13 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.35 PM
Anak jati kelahiran Batu Pahat Johor ini mempunyai cara tersendiri mengharumkan nama negara dan pasukan Polis Diraja Malaysia...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/semangat-sazali-terus-membara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:17 MYT

Anak jati kelahiran Batu Pahat Johor ini mempunyai cara tersendiri mengharumkan nama negara dan pasukan Polis Diraja Malaysia.
 
Hampir 26 tahun berkecimpung dalam dunia bina badan dan merangkul juara sembilan kali Mr. Universe dalam Kejohanan Bina Badan Dunia meletakkan Sub Inspektor (SI), 46, terpilih buat kali ketiga membawa Jalur Gemilang bagi sukan SEA di Myanmar pada 11 Disember ini.

Penglibatan beliau dalam sukan bina badan ini bermula dengan 'suka-suka' ketika berkhidmat dalam PDRM. Hasrat diteruskan apabila mendapat galakan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan sehingga muncul juara buat pertama kali dalam Kejohanan Bina Badan Malaysia pada tahun 1991 dalam kategori (bantamweight).

Disiplin dalam mengikut jadual pemakanan harian antara rahsia Badang Malaysia ini berjaya mengekalkan berat dan bentuk badan yang dinilai oleh barisan hakim setiap kejohanan yang disertainya.
 
Walaupun sentiasa dicabar dengan kemunculan orang-orang baru dalam sukan bina badan, namun SI Sazali Samad sentiasa positif dan mensasarkan emas dalam setiap kejohanan yang beliau sertai.

Walaupun telah melewati usia 40an, ia tidak sesekali merencatkan usaha dan semangat beliau untuk terus menggalas tanggungjawab membawa pulang pingat emas di sukan SEA Myanmar yang akan berlangsung minggu hadapan.

Kali pertama SI Sazali Samad meraih gelaran Mr. Universe adalah pada 1996, di New Delhi dan mengekalkan kejuaraan yang sama pada 1998, 1999,2000, 2004,2009, 2010 dan 2012.

Semangat Sazali Terus Membara

Sumber : Harian Metro, Kosmo, Sinar Harian, Utusan, Guang Ming Daily, Oriental Daily dan Sin Chiw Daily

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 6.13 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.35 PM