Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suami Isteri Ditahan Bersama 80 Botol Heroin Di Dungun

Published: 11 Jul 2014 2.11 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Hasil pemeriksaan polis di dalam sebuah bilik rumah suspek itu menemui 10 botol berisi serbuk putih dipercayai heroin sebelum suspek membawa polis ke belakang rumahnya...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suami-isteri-ditahan-bersama-80-botol-heroin-di-dungun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:40 MYT
Dungun, 22 Jun - Sepasang suami isteri diberkas bersama 80 botol serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin bernilai kira-kira RM36,000 dalam serbuan jam 9 malam di rumah sewa mereka di Kampung Balai Besar, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata suami berkenaan berusia 21 tahun sementara isterinya berusia 17 tahun.

"Hasil pemeriksaan polis di dalam sebuah bilik rumah suspek itu menemui 10 botol berisi serbuk putih dipercayai heroin sebelum suspek membawa polis ke belakang rumahnya.

"Siasatan lanjut kami berjaya menemui 70 botol lagi berisi serbuk yang sama yang dibungkus di dalam kertas surat khabar dan diletakkan di dalam sebuah tin biskut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya selain itu polis turut merampas wang tunai berjumlah RM6,000 dan dua buah motosikal milik suspek turut disita.

"Kita berjaya merampas 80 botol dadah yang dianggarkan kira-kira 450 gram dan ini merupakan kejayaan terbesar di daerah ini sejak empat tahun lalu hasil maklumat awam dan risikan.

Ahmad Zailani berkata kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari dari tarikh tangkapan dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 11 Jul 2014 2.11 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM