Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suami Isteri Disyaki Bookie Judi Bola Ditahan

Published: 13 Jun 2014 7.43 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sepasang suami isteri dipercayai bookie judi bola sepak Piala Dunia 2010, ditahan ketika menjalankan aktiviti haram itu membabitkan perlawanan Portugal menentang Korea Utara membabitkan pertaruhan RM3..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suami-isteri-disyaki-bookie-judi-bola-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:47 MYT

KUALA LUMPUR, 21 Jun 2010 -- Sepasang suami isteri dipercayai bookie judi bola sepak Piala Dunia 2010, ditahan ketika menjalankan aktiviti haram itu membabitkan perlawanan Portugal menentang Korea Utara membabitkan pertaruhan RM35,000.

Pasangan berusia 45 tahun dan 50-an itu, merupakan ahli perniagaan dan mereka ditahan dalam "Ops Saga" pada 7.40 malam, di Apartment Bayu Puteri , Tropicana, Damansara di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya merampas dua komputer riba, tiga telefon bimbit, kertas pertaruhan serta wang berjumlah kira-kira RM15,000, buku, pen, jadual perlawanan bola sepak, satu alat kelui dan tiga buku akaun bank individu yang bertaruh.

"Kita turut merampas wang tunai berjumlah RM4,717," katanya kepada Bernama di sini, malam Isnin.

Beliau berkata nilai pertaruhan dianggarkan lebih RM35,000 berdasarkan kandungan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) di dalam telefon bimbit dan alat kelui milik suspek.

Arjunaidi berkata pasangan itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953.

ArticlePublished 13 Jun 2014 7.43 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM