Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Tiga Lelaki Rampas Syabu Bernilai Rm17 000

Diterbitkan: 22 Feb 2016 2.11 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.33 PM
Polis menahan tiga lelaki bersama 11 paket lut sinar disyaki berisi dadah syabu bernilai RM17,000 dalam sekatan jalan raya di Plaza Tol Alor Setar Selatan, petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tiga-lelaki-rampas-syabu-bernilai-rm17-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:03 MYT
Alor SetarALOR SETAR, 22 Febuari 2016 - Polis menahan tiga lelaki bersama 11 paket lut sinar disyaki berisi dadah syabu bernilai RM17,000 dalam sekatan jalan raya
di Plaza Tol Alor Setar Selatan, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata ketiga-tiga suspek yang berumur antara 36 dan 41 tahun itu ditahan pada 1.30 tengah hari dalam Ops Bersepadu yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

"Semasa sekatan, kesemua suspek yang menaiki kereta Proton Wira ditahan kerana berada dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan pada badan kesemua suspek tidak menemui sebarang barangan salah.

"Namun, pemeriksaan lanjut di dalam 'dashboard' kereta terbabit telah menjumpai satu beg kecil hitam mengandungi 11 paket plastik lut sinar disyaki syabu bernilai RM17,000," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Turut dijumpai ialah dua paket plastik lut sinar sejumlah heroin yang  dianggarkan bernilai RM300 serta dua biji pil disyaki erimin 5, katanya.

Adzaman berkata pihaknya turut merampas beg sandang milik seorang daripada suspek mengandungi wang tunai RM2,200, disyaki hasil jualan dadah.

"Semua barangan itu dirampas dan suspek dibawa ke IPD Kota Setar untuk tindakan selanjutnya.

"Hasil siasatan mendapati, dua daripada mereka mempunyai rekod lampau melibatkan kes dadah dan ugutan," katanya.

Kesemua mereka direman sehingga Sabtu bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 22 Feb 2016 2.11 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.33 PM