Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sting Tumpas Sindiket Ganja Terbesar Bernilai Rm4 2 Juta

Diterbitkan: 15 Mar 2016 8.39 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.31 PM
Terbaru menerusi kejayaan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dalam serbuan telah menumpaskan satu kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah jenis ganja yang terbesar dalam sejarah negara di Subang Jaya pada 12 Mac dan serbuan kedua di Sungai Petani pada 13 Mac yang lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sting-tumpas-sindiket-ganja-terbesar-bernilai-rm4-2-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:46 MYT

Bukit Aman, 15 Mac- Kejayaan demi kejayaan telah dilakar oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha berterusan melumpuhkan sindiket dadah di negara ini.

Terbaru menerusi kejayaan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dalam serbuan telah menumpaskan satu kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah jenis ganja yang terbesar dalam sejarah negara di Subang Jaya pada 12 Mac dan serbuan kedua di Sungai Petani pada 13 Mac yang lalu.

Hasil serbuan tersebut telah membawa kepada penahanan  seorang lelaki melayu berusia 38 tahun dan merampas 360 ketulan mampat daun kering disyaki dadah ganja seberat 355 kilogram (kg).

Manakala serbuan kedua di sebuah rumah di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani yang dijadikan stor penyimpanan dadah telah membawa kepada penemuan 848 ketulan lagi dadah yang sama seberat 843kg.

Jumlah keseluruhan rampasan adalah sebanyak 1,208 ketulan mampat ganja seberat 1,200 kg dengan nilai berjumlah RM 4.2 juta dan lain-lain nilai sitaan sebanyak RM 3,500.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, CP Dato’ Sri Mohd Mokhtar Bin Haji Mohd Shariff dalam sidang media JSJN di sini, petang tadi berkata, kejayaan ini adalah hasil siasatan dan risikan yang terancang serta kerjasama erat antara masyarakat dan polis dalam menyalurkan segala bentuk maklumat mengenai aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka.

Sting Tumpas Sindiket Ganja Terbesar Bernilai Rm4 2 Juta
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, CP Dato’ Sri Mohd Mokhtar Bin Haji Mohd Shariff dalam sidang media JSJN di sini, petang tadi.

Sting Tumpas Sindiket Ganja Terbesar Bernilai Rm4 2 Juta
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, CP Dato’ Sri Mohd Mokhtar Bin Haji Mohd Shariff dalam sidang media JSJN di sini, petang tadi

Pasukan STING bersama rampasan ketulan mampat dadah ganja
 
ArtikelDiterbitkan 15 Mar 2016 8.39 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.31 PM