Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Delegasi Polis Hong Kong Kunjung Hormat Ke Jabatan Pengurusan

Diterbitkan: 15 Mar 2016 7.30 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.31 PM
Delegasi yang diketuai oleh Ketua Polis Hong Kong, Commissioner of Police Mr. Lo Wai Chung Stephen berkata ianya merupakan lawatan sulung beliau bersama Delegasi Polis Hong Kong bagi tahun 2016.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-delegasi-polis-hong-kong-kunjung-hormat-ke-jabatan-pengurusan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:57 MYT

Oleh :  Kpl Edwind Indo & L/Kpl Mohd Iqbal Nasruddin
Penyunting : Insp. Arisanti binti Aziz


Bukit Aman, 15 Mac – Hubungan dua hala antara Polis Hong Kong dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diperkukuhkan lagi melalui Program Lawatan Delegasi Polis Hong Kong dan siri lawatan rasmi ke Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pagi tadi merupakan pembuka tirai siri lawatan delegasi tersebut.

Delegasi yang diketuai oleh Ketua Polis Hong Kong, Commissioner of Police Mr. Lo Wai Chung Stephen berkata ianya merupakan lawatan sulung beliau bersama Delegasi Polis Hong Kong bagi tahun 2016.

Antara tentatif semasa lawatan tersebut ialah sesi taklimat  dan pertukaran pendapat di atas meja bulat yang dikendalikan oleh DCP Dato’ Mohd. Fuad Abd. Latiff, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman mewakili CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah, Pengarah Pengurusan.

Delegasi Polis Hong Kong akan dijadualkan untuk bertemu dengan Ketua Polis Negara pada 
17 Mac dan seterusnya lawatan kerja ke jabatan-jabatan PDRM antaranya Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

Turut hadir dalam sesi perjumpaan tadi adalah Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kopetensi) Bahagian Latihan Bukit Aman, SAC Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, dan Pegawai-Pegawai Kanan PDRM.

sekitar sesi taklimat (3)
Sekitar Program Lawatan Delegasi Polis Hong Kong dan siri lawatan rasmi ke Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 

ArtikelDiterbitkan 15 Mar 2016 7.30 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.31 PM