Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sting Bongkar Sindiket Dadah

Diterbitkan: 03 Nov 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) berjaya membongkar satu lagi sindiket pengedaran dadah yang aktif memproses dan membekalkan dadah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sting-bongkar-sindiket-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:53 MYT

Kuala Lumpur, 3 Nov - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) berjaya membongkar satu lagi sindiket pengedaran dadah yang aktif memproses dan membekalkan dadah.

Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Dato' Haris Wong Abdullah dalam sidang media hari ini berkata, seramai 16 orang berumur antara 18 hingga 50 tahun berjaya diberkas dalam 10 serbuan di sekitar Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur.

Hasil serbuan berjaya merampas dadah dianggarkan bernilai RM28 juta serta membongkar sebuah makmal pemprosesan dadah.

Turut dirampas peralatan memproses dadah, sejumlah wang tunai, jam tangan serta sepuluh buah kenderaan pelbagai jenis milik suspek.

Kesemua suspek direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.
Sting Bongkar Sindiket Dadah
Sting Bongkar Sindiket Dadah

ArtikelDiterbitkan 03 Nov 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM