Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Statistik Kemalangan Meningkat Sikap Pengguna Jalan Raya Menjadi Penyumbang Utama

Diterbitkan: 14 Aug 2015 9.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 14 Ogos – Faktor sikap pengguna jalan raya yang tidak mengendahkan undang-undang menjadi penyumbang utama kepada peningkatan kadar kemalangan maut sepanjang Op Selamat 7/2015 yang dilancarkan baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/statistik-kemalangan-meningkat-sikap-pengguna-jalan-raya-menjadi-penyumbang-utama
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:15 MYT

Oleh : L/Kpl Irfan Bujang
Penyunting : Insp Rahim Othman Siru

Kuala Lumpur, 14 Ogos – Faktor sikap pengguna jalan raya yang tidak mengendahkan undang-undang menjadi penyumbang utama kepada peningkatan kadar kemalangan maut sepanjang Op Selamat 7/2015 yang dilancarkan baru-baru ini.

Ketua Trafik Pasukan, Dato’ Mohd Fuad Abd Latif dalam satu sidang media di Bukit Aman pada hari ini berkata, sepanjang tempoh Op Selamat 7 yang diadakan selama 15 hari bermula 10 sehingga 24 Julai 2015 lepas, sebanyak 20,458 kes kemalangan telah dilaporkan dalam tempoh tersebut.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 303 kes kemalangan yang mengakibatkan sejumlah 330 kematian dicatatkan dengan 200 kes daripadanya adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Angka tersebut adalah yang terburuk dalam sejarah Op Selamat sejak ia dimulakan pada tahun 1994.

Manakala sebanyak 1,974 kes kemalangan jalan raya pula dicatatkan di seluruh negara pada tahun ini iaitu dengan peningkatan sebanyak 10.7 peratus (%) berbanding tahun lalu.

Dato’ Mohd Fuad Abd Latif turut menjelaskan, kesalahan trafik seperti mengabaikan undang-undang, langkah-langkah keselamtaan serta peraturan jalan raya menjadi punca tertinggi kepada jumlah kemalangan maut pada kali ini.


Statistik Kemalangan Meningkat Sikap Pengguna Jalan Raya Menjadi Penyumbang Utama
Ketua Trafik Pasukan, Dato’ Mohd Fuad Abd Latif ketika sidang media di Bukit Aman

Statistik Kemalangan Meningkat Sikap Pengguna Jalan Raya Menjadi Penyumbang Utama
Ketua Trafik Pasukan, Dato’ Mohd Fuad Abd Latif menunjukkan kawasan kemalangan

ArtikelDiterbitkan 14 Aug 2015 9.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM