Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Statistik Kemalangan Meningkat Pdrm Guna Penguatkuasaan Secara Total

Published: 01 Feb 2016 2.05 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sungai Petani, 1 Feb - Statistik kemalangan serta kematian di jalan raya negeri ini sepanjang 2015 masih tidak menunjukkan wujudnya perubahan sikap pengguna seperti yang diharapkan, kata Ketua Polis Kedah, Dato' Zamri Yahya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/statistik-kemalangan-meningkat-pdrm-guna-penguatkuasaan-secara-total
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:50 MYT


Sungai Petani, 1 Feb - Statistik kemalangan serta kematian di jalan raya negeri ini sepanjang 2015 masih tidak menunjukkan wujudnya perubahan sikap pengguna seperti yang diharapkan, kata Ketua Polis Kedah, Dato' Zamri Yahya.

Zamri berkata di sebalik kempen serta peringatan demi peringatan yang diberikan, jumlah kemalangan jalan raya meningkat sebanyak sembilan peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu daripada 20,159 kes pada 2014 kepada 22,015 kes pada 2015.

"Statistik bagi Op Selamat sempena perayaan Tahun Baru Cina, turut menunjukkan peningkatan sebanyak 12.66 peratus iaitu daripada 829 kes pada 2014 kepada 934 kes untuk tempoh sama 2015.

"Begitu juga dengan kemalangan maut, yang mana terdapat peningkatan sebanyak 6.66 peratus iaitu daripada 15 kes pada Op Selamat 2014 kepada 16 kes pada 2015," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Op Selamat 8 sempena perayaan Tahun Baru Cina peringkat Kontinjen Kedah di Plaza Tol Sungai Petani Selatan, di sini hari ini.

Zamri berkata, Op Selamat itu yang bermula hari ini sehingga 16 Feb akan memperlihatkan sedikit kelainan menerusi pendekatan penguatkuasaan secara total, selain mendidik masyarakat.

"Pemantauan polis tidak hanya secara statik sebaliknya menggerakkan semua aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membuat pengawasan secara bergerak di lokasi strategik.

"Tindakan penguatkuasaan akan dilakukan serta-merta terhadap pesalah trafik ketika pengawasan dijalankan," katanya.

Zamri berkata antara faktor utama kemalangan termasuk terbabas, gagal
memotong, tidak cekap memandu, memecut sesuka hati di laluan tidak sesuai, membelok tanpa memberikan isyarat, kurang tumpuan ketika memandu, tidak sabar dan memandu melebihi had laju.

"Untuk Op Selamat kali ini, seramai 72 pegawai dan 838 anggota polis akan bertugas dan tumpuan pemantauan termasuk di 45 kawasan yang sering berlaku kemalangan di seluruh negeri termasuk enam di Lebuhraya Utara Selatan.

"Tumpuan penguatkuasaan adalah untuk kesalahan seperti memandu laju, memotong barisan, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar dan tidak mematuhi lampu isyarat," katanya.

- BERNAMA

ArticlePublished 01 Feb 2016 2.05 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM