Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Start Optimis Teruskan Transformasi

Published: 17 Feb 2015 1.18 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 17 Feb – Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan agenda transformasi jabatan itu sehingga pertengahan tahun ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/start-optimis-teruskan-transformasi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:15 MYT
START OPTIMIS TERUSKAN TRANSFORMASI

Kuala Lumpur, 17 Feb – Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan agenda transformasi jabatan itu sehingga pertengahan tahun ini.

Pengarah Jabatan StaRT, Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah, dalam ucapannya berkata, transformasi ini adalah lanjutan inisiatif jabatan itu menambahbaik hala tuju StaRT dalam memperkemaskan organisasi PDRM dari segi penyediaan keperluan logistik pasukan.

Mengulas kenyataannya itu, Jabatan StaRT yang sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Logistik telah dijenamakan semula pada 2014 dan telah melalui bebarapa proses transformasi seperti gabungan di antara dua bahagian yang penting dalam PDRM iaitu Bahagian Komunikasi dan Bahagian Teknologi Maklumat (IT) bagi memantapkan jabatan itu.

Tambahnya lagi, StaRT akan turut menubuhkan satu bahagian baru iaitu Bahagian Analisis dan Pembangunan Teknologi yang berfungsi dalam aspek spesifikasi penyediaan teknikal PDRM.

Ianya akan diketuai oleh seorang pegawai kanan PDRM berpangkat Senior Asistan Komisioner (SAC) di mana bahagian ini akan merungkai masalah-masalah perolehan, sektor kelengkapan dan bangunan.

Selaras dengan pemantapan StaRT juga, bahagian ini berfungsi dalam meluaskan rangkaiannya secara terus ke formasi-formasi seperti pusat latihan, briged, batalion, marin dan sebagainya bagi menyelaraskan aspek-aspek logistik di bawah satu pentadbiran.

Start Optimis Teruskan Transformasi
Deputi Inspektor General Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim menyampaikan ucapan..

Start Optimis Teruskan Transformasi
Pengarah Jabatan StaRT,Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah menyampaikan ucapan..

Start Optimis Teruskan Transformasi
Sekitar majlis berlangsung..

Start Optimis Teruskan Transformasi
Sesi penyampaian cenderamata..

Start Optimis Teruskan Transformasi
Bergambar kenangan..
ArticlePublished 17 Feb 2015 1.18 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM