Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tingkatkan Mutu Perkhidmatan Kekalkan Keharmonian Masyarakat

Diterbitkan: 17 Feb 2015 1.25 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bukit Aman, 17 Feb - Timbalan Ketua Polis Negara hari ini meluangkan masa bersama sebahagian warga Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Bukit Aman, sempena rangka lawatan beliau ke setiap jabatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tingkatkan-mutu-perkhidmatan-kekalkan-keharmonian-masyarakat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:20 MYT
Bukit Aman, 17 Feb - Timbalan Ketua Polis Negara hari ini meluangkan masa bersama sebahagian warga Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Bukit Aman, sempena rangka lawatan beliau ke setiap jabatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Deputi Inspektor General Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, telah menyampaikan amanat kepada warga jabatan KDN/KA supaya sentiasa meningkatkan mutu kerja yang tinggi dan cemerlang dalam menjalankan tugas penguatkuassan sekaligus meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan PDRM selain mengekalkan keharmonian negara.

Jabatan KDN/KA merupakan yang kedua terbesar untuk perjawatan beruniform di dalam organisasi PDRM dengan kekuatan 29,204 iaitu 23% daripada 127,130 jumlah keseluruhan perjawatan keseluruhan dalam pasukan.

Selaras dengan visi dan misi jabatan ini, beliau berharap agar ketenteraman dan keselamatan masyarakat dapat dikekalkan dari semasa ke semasa. Turut hadir Pengarah KDN/KA Senior DCP Dato’ Muhammad Fuad Abu Zarim.

Tingkatkan Mutu Perkhidmatan Kekalkan Keharmonian Masyarakat
YDH Deputi Inspektor General Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim menyampaikan ucapan..

Tingkatkan Mutu Perkhidmatan Kekalkan Keharmonian Masyarakat
Pengarah KDN/KA Senior DCP Dato’ Muhammad Fuad Abu Zarim menyampaikan ucapan..


Tingkatkan Mutu Perkhidmatan Kekalkan Keharmonian Masyarakat
Sekitar majlis berlangsung..

Tingkatkan Mutu Perkhidmatan Kekalkan Keharmonian Masyarakat
Bergambar kenangan..

Tingkatkan Mutu Perkhidmatan Kekalkan Keharmonian Masyarakat
Deputi Inspektor General, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim menandatangani buku melawat.
ArtikelDiterbitkan 17 Feb 2015 1.25 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM