Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Stagg Perkasakan Barisan Hadapan Pdrm

Published: 07 Dec 2014 9.45 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kepong, 7 Disember – Pembanterasan aktiviti jenayah terancang melibatkan gangsterisme dan perjudian haram kini menjadi fokus utama PDRM dengan penubuhan pasukan Skuad Taktikal Khas 3 PDRM yang dipanggil Special Task Force For Anti Vice, Gaming, And Gangsterism (STAGG) yang dilancarkan oleh YB Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi bertempat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIMM), Kuala Lumpur pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/stagg-perkasakan-barisan-hadapan-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:44 MYT
STAGG PERKASAKAN BARISAN HADAPAN PDRM

Kepong, 7 Disember – Pembanterasan aktiviti jenayah terancang melibatkan gangsterisme dan perjudian haram kini menjadi fokus utama PDRM dengan penubuhan pasukan Skuad Taktikal Khas 3 PDRM yang dipanggil Special Task Force For Anti Vice, Gaming, And Gangsterism (STAGG) yang dilancarkan oleh YB Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi bertempat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIMM), Kuala Lumpur pagi tadi.

STAGG yang memiliki kekuatan 220 Pegawai dan anggota ini merupakan ilham oleh YB Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi dilihat sebagai langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan dalam memperkasakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai barisan hadapan pertahanan negara .

“Penubuhan pasukan elit ini bukan hanya satu retorik kerana kita (PDRM) pilih pegawai dan anggota yang terbaik dari yang terbaik” tegas YB Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi dalam ucapan pelancarannya.

Selepas kejayaan penubuhan pasukan elite STAFOC dan STING,diharapkan dengan penubuhan pasukan elit STAGG ini, PDRM akan terus melakar kejayaan seterusnya memperbetulkan persepsi negatif masyarakat kepada PDRM akibat dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang melemparkan pelbagai andaian serta tohmahan dengan niat untuk merebahkan PDRM.

Stagg Perkasakan Barisan Hadapan Pdrm
YDH Dato' Sri Noor Rashid bin Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan aluan.

Stagg Perkasakan Barisan Hadapan Pdrm
YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi , Menteri Dalam Negeri menyampaikan ucapan perasmian

Stagg Perkasakan Barisan Hadapan Pdrm
Sesi penyampaian cenderamata

Stagg Perkasakan Barisan Hadapan Pdrm
Stagg Perkasakan Barisan Hadapan Pdrm
Stagg Perkasakan Barisan Hadapan Pdrm
Stagg Perkasakan Barisan Hadapan Pdrm
Stagg Perkasakan Barisan Hadapan Pdrm
Stagg Perkasakan Barisan Hadapan PdrmPertunjukan STAGG dan STAFOC
ArticlePublished 07 Dec 2014 9.45 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM