Artikel
Polis Serbu Bengkel Ubah Suai Kereta Curi
Kota Tinggi - Polis menahan tiga lelaki selepas menyerbu sebuah bengkel membaiki kereta di Kampung Temenin Lama di sini yang dipercayai menjadi tempat mengubah...
Kota Tinggi - Polis menahan tiga lelaki selepas menyerbu sebuah bengkel membaiki kereta di Kampung Temenin Lama di sini yang dipercayai menjadi tempat mengubah suai kenderaan curi, Isnin lepas.
Suspek yang berusia antara 27 hingga 42 tahun termasuk pemilik bengkel itu ditahan dalam serbuan pukul 1 pagi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, sebuah kereta jenis Proton Wira yang dilaporkan hilang di daerah itu pada 9 Ogos lepas ditemui.
“Turut dirampas sebuah kereta Mitsubishi Lancer dan Hyundai Sonata menggunakan nombor pendaftaran Singapura manakala sebuah kereta jenis BMW menggunakan nombor pendaftaran palsu".
Sumber: Kosmo