Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Stagg Bukit Aman Tahan 94 Gro Warga Asing Di Daerah Manjung

Diterbitkan: 15 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan seramai 94 pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam dan Thailand dalam serbuan yang dijalankan serentak di tiga pusat karaoke di sekitar daerah Manjung, kira-kira pukul 12.05 tengah malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/stagg-bukit-aman-tahan-94-gro-warga-asing-di-daerah-manjung
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:23 MYT

Ipoh, 15 Okt - Polis menahan seramai 94 pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam dan Thailand dalam serbuan yang dijalankan serentak di tiga pusat karaoke di sekitar daerah Manjung, kira-kira pukul 12.05 tengah malam tadi.

Ketua Penolong Pengarah Unit Tindakan Khas Jenayah Terancang, Skuad Taktikal/Perjudian/Maksiat/Kongsi Gelap (STAGG) Bukit Aman, SAC Khairi Ahrasa berkata serbuan yang dijalankan unit itu mendapati kesemua GRO gagal menunjukkan
dokumen perjalanan semasa diserbu.

"Sebanyak 93 GRO warga Vietnam dan seorang GRO warga Thailand ditahan. Kita turut menahan tujuh penjaga serta pekerja premis yang mana seorang dari mereka adalah warga Myanmar.

"Dua daripada premis yang terletak di Bandar Seri Manjung gagal menunjukkan lesen hiburan ketika diminta pegawai STAGG, manakala sebuah lagi yang terletak di Sitiawan didapati tidak mempunyai lesen hiburan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khairi berkata pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah RM 6,092, buku rekod hasil kutipan, buku rekod pekerja dan resit penjualan minuman keras.

"Semasa serbuan dijalankan kita turut memeriksa 115 pengunjung yang berada di ketiga-tiga pusat karoake tersebut.

"Kesemua mereka kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 55B dan Seksyen 56(1) Akta Imigresen, Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen, serta Enakmen Hiburan Negeri Perak kerana tiada lesen hiburan," katanya. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 15 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM