Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Anggota Kumpulan Sivaraam Ditahan

Diterbitkan: 15 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis memberkas empat anggota kumpulan Sivaraam yang dikehendaki termasuk ketuanya kerana disyaki terlibat dalam lebih 50 kes curi kenderaan di sekitar Lembah Klang sejak dua tahun lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-anggota-kumpulan-sivaraam-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:27 MYT

Kuala Lumpur, 15 Okt - Polis memberkas empat anggota kumpulan Sivaraam yang dikehendaki termasuk ketuanya kerana disyaki terlibat dalam lebih 50 kes curi kenderaan di sekitar Lembah Klang sejak dua tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Rozi Jidin berkata kesemua mereka berumur antara 25 hingga 36 tahun ditahan Sabtu lepas di Plaza Tol Kuala Kangsar pada pukul 12 tengah hari, selepas hampir 12 jam diekori polis dari Ladang Baru
Kuang, Selangor.

Beliau berkata ketika ditahan, kesemua suspek dalam perjalanan menghala utara Semenanjung menaiki dua lori yang ditinggalkan di Simpang Ipoh sebelum meneruskan perjalanan dengan sebuah kereta Toyota Camry yang mengekori mereka sejak awal lagi.

"Polis berjaya memintas mereka di (Plaza) Tol Kuala Kangsar, dan menahan mereka, selain merampas kereta Camry itu yang juga dipercayai dicuri dan menggunakan nombor pendaftaran palsu serta dua buah lori yang mereka tinggalkan di Simpang Ipoh," katanya di sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas sebilah parang, sepana, kunci Allen, lesen memandu dan 72 kotak pewarna rambut, selain menambah bahawa kes ini disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Mohd Rozi berkata berdasarkan siasatan kumpulan itu menjual komponen dan kenderaan yang dicuri di kawasan utara Semenanjung yang masih belum dikenal pasti.

Beliau berkata polis sedang memburu dua lagi anggota kumpulan itu yang dikenali sebagai Desa Arun, 30-an dan Anand berumur 33 tahun.

Kata Mohd Rozi kumpulan Sivaraam merupakan saki baki kumpulan Mani yang ditumpaskan awal tahun ini oleh pasukan polis Kuala Lumpur. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 15 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM