Spptp Platform Mantapkan Usaha Cegah Jenayah Di Kalangan Pel
Sungai
Petani, 25 Jun - Sistem Pencegahan dan Pemantauan Tingkah Laku Pelajar
(SPPTP) dilancarkan hari ini sebagai platform pemantapan peranan Pegawai
Perhubungan Sekolah (PPS) dalam pencegahan jenayah dan pemantauan
tingkah laku pelajar.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata SPPTP merupakan inovasi yang dihasilkan oleh PDRM Kontinjen Kedah secara usahasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
"Ini
adalah pendekatan kita untuk membantu sekolah-sekolah terhadap
pencegahan jenayah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari
Inovasi PDRM dan penutupan sambutan Hari Polis 2013 serta pelancaran
SPPTP di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim, di sini hari ini.
Mohd
Bakri berkata penempatan PPS di semua sekolah di seluruh negara akan
diteruskan dan Kedah merupakan negeri pertama SPPTP dilancarkan.
Katanya penglibatan pelajar dalam jenayah masih terkawal dan tidak menunjukkan peningkatan mendadak.
"Kita
akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi membanteras
jenayah di kalangan pelajar sekolah dan penempatan PPS didapati berkesan
dalam memantau aktiviti di sekolah," katanya.
Sumber : BERNAMA