Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Spptp Platform Mantapkan Usaha Cegah Jenayah Di Kalangan Pel

Published: 17 Jun 2014 5.59 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Ini adalah pendekatan kita untuk membantu sekolah-sekolah terhadap pencegahan jenayah,' katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Inovasi PDRM dan penutupan sambutan Hari Polis 2013 serta pel..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/spptp-platform-mantapkan-usaha-cegah-jenayah-di-kalangan-pel
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:29 MYT

Sungai Petani, 25 Jun - Sistem Pencegahan dan Pemantauan Tingkah Laku Pelajar (SPPTP) dilancarkan hari ini sebagai platform pemantapan peranan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dalam pencegahan jenayah dan pemantauan tingkah laku pelajar.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata SPPTP merupakan inovasi yang dihasilkan oleh PDRM Kontinjen Kedah secara usahasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

"Ini adalah pendekatan kita untuk membantu sekolah-sekolah terhadap pencegahan jenayah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Inovasi PDRM dan penutupan sambutan Hari Polis 2013 serta pelancaran SPPTP di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim, di sini hari ini.

Mohd Bakri berkata penempatan PPS di semua sekolah di seluruh negara akan diteruskan dan Kedah merupakan negeri pertama SPPTP dilancarkan.

Katanya penglibatan pelajar dalam jenayah masih terkawal dan tidak menunjukkan peningkatan mendadak.

"Kita akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi membanteras jenayah di kalangan pelajar sekolah dan penempatan PPS didapati berkesan dalam memantau aktiviti di sekolah," katanya.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 5.59 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM