
Artikel
Spdim Sistem Perkongsian Pintar Antara Jpn Dengan Pdrm
Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Negara berjaya membangunkan satu sistem perkongsian pintar antara JPN dan Polis Diraja Malaysia yang diper...
Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Negara berjaya membangunkan satu sistem perkongsian pintar antara JPN dan Polis Diraja Malaysia yang diperkenalkan sebagai Sistem Pengesahan Data Integrasi Kematian (SPDIM).
Sistem SPDIM ini akan memudahkan proses pengesahan kematian yang melibatkan kematian tiada unsur jenayah di rumah.
Melalui sistem ini, JPN akan membuat pengesahan kematian secara dalam talian sekali gus mempercepatkan proses pendaftaran dan pengeluaran sijil kematian kepada waris dalam tempoh 24 jam selepas kematian dilaporkan di balai polis.
Sumber: Hamzah Zainudin