Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Timbalan Kpn Teruskan Lawatan Kerja Ke Ipk Sarawak

Diterbitkan: 25 Oct 2021 2.05 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuching, 25 Oktober 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim hari ini meneruskan lawatan kerjanya dengan mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Sarawak, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-kpn-teruskan-lawatan-kerja-ke-ipk-sarawak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT
Kuching, 25 Oktober 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim hari ini meneruskan lawatan kerjanya dengan mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Sarawak, di sini.

Ketibaan beliau ke IPK Sarawak tadi telah disambut dengan barisan Kawalan Kehormatan sambil diiringi Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato' Aidi Ismail serta timbalannya, DCP Dato Mancha Ata.

Selesai menandatangani buku lawatan, beliau kemudiannya dibawa ke Mess Pegawai Kanan untuk ditaklimatkan mengenai persediaan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan keadaan semasa dalam negeri Sarawak oleh Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Sarawak, Superintendan Ismail Mahmood.

Dalam lawatan kerja tadi, Datuk Seri Hj. Mazlan turut berbesar hati menyampaikan sijil penghargaan kepada Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak, Superintendan Ab. Rahman Mat Hasan atas kejayaan pasukannya menumpaskan sindiket jenayah yang melibatkan 1,274 kes dengan rampasan bernilai lebih RM100 juta.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am), DCP Dato' Kasuahdi Ali, Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, DCP Tuan Sulaiman Yahaya, Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Pentadbiran), SAC Tuan Kamaruzaman Abdullah dan Ketua-ketua Jabatan IPK Sarawak.

Sumber: Polis Sarawak

May be an image of one or more people, people standing and military uniform

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 1 person, standing and outdoors
May be an image of 2 people, people standing and outdoors 
May be an image of 2 people

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 5 people, people standing and outdoors


ArtikelDiterbitkan 25 Oct 2021 2.05 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM