Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sorok Dadah Dalam Pek Makanan

Published: 17 Jun 2014 12.43 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
SOROK DADAH DALAM PEK MAKANAN : Bertindak hasil daripada maklumat awam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Bintulu berjaya menahan seorang lelaki tempatan bersama beberapa pe..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sorok-dadah-dalam-pek-makanan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:40 MYT
SOROK DADAH DALAM PEK MAKANAN : Bertindak hasil daripada maklumat awam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Bintulu berjaya menahan seorang lelaki tempatan bersama beberapa pek makanan ringan yang mengandungi dadah jenis syabu.

Pek-pek tersebut yang diletakkan di dalam sebuah kotak, dihantar kepada suspek melalui perkhidmatan kurier bagi mengaburi mata pihak berkuasa. 
Hasil penemuan tersebut, pihak polis telah merampas syabu yang didatangkan dalam bentuk serbuk dan pil dengan anggaran berat hampir 1.064kg di mana nilai pasaran bagi dadah tersebut adalah di antara RM 400,000 hingga RM 500,000. Turut dirampas wang tunai berjumlah RM 11,000.00.

Susulan daripada tangkapan tersebut, pihak polis berjaya menahan tiga lagi warga tempatan termasuk seorang wanita di sebuah rumah di Taman Palm Villa, Bintulu.
Kesemua suspek yang ditahan didapati positif dadah. Kes tersebut di siasat di bawah Sek 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.

Sorok Dadah Dalam Pek Makanan
ArticlePublished 17 Jun 2014 12.43 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM