SHAH
ALAM, 21 Februari : Ribuan enjin dan pintu lori dikikis cap syarikat
dijumpai dalam serbuan sepasukan polis dari kontinjen Selangor di sebuah
premis perniagaan barang lusuh di Kampung Ayer Putih, Simpang, Taiping
Perak baru-baru ini. Penemuan itu adalah hasil tangkapan tiga lelaki
tempatan yang cuba mencuri sebuah lori di lorong belakang pasaraya
Giant, Rawang Selangor pada 16 Februari lalu bersama peralatan yang
disyaki digunakan untuk mencuri kenderaan.
Ekoran
daripada tangkapan tersebut, pihak polis membuat serbuan di dua lokasi
berasingan iaitu di Taman Perpaduan, Sabak Bernam, Selangor dan sebuah
premis barang lusuh di Kg Ayer Putih, Simpang, Taiping Perak dan berjaya
menahan empat lelaki warga tempatan, empat lelaki warga asing dan
seorang wanita tempatan.
Modus
operandi yang digunakan kumpulan terbabit adalah lori yang dicuri akan
terus melalui Tol Rawang atau Tol Sugai Buloh ke Changkat
Jering,Kemunting serta Bukit Gantang. Saspek turut memutuskan sistem
Global Positioning System (GPS) bagi tujuan mengelakkan diri daripada
dikesan oleh pihak berkuasa.
Pemeriksaan
awal terhadap premis tersebut mendapati dua buah enjin telah dilapurkan
hilang di Hutan Melintang, Perak dan Desa Jaya, Gombak sejak 1999.
Kesemua saspek yang ditahan kini direman dibawah seksyen 117 Kanun
Keseksaan dan disiasat dibawah seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu curi
kenderaan.
Ketua
Polis Selangor dalam sidang medianya sebentar tadi meminta masyarakat
supaya memaklumkan kepada pihak polis jika terdapat sebarang aktiviti
yang mencurigakan di sekeliling mereka.







Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Sindiket Curi Lori Tumpas
SINDIKET CURI LORI TUMPAS! : Ribuan enjin dan pintu lori dikikis cap syarikat dijumpai dalam serbuan sepasukan polis dari kontinjen Selangor di sebuah premis perniagaan barang lusuh di Kampung Ayer Pu..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-curi-lori-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.