Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Solat Jumaat Bersama Dytm Raja Muda Perak Darul Ridzuan

Published: 10 Jun 2014 7.08 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan telah mencemar Duli menunaikan Solat Jumaat bersama warga PULAPOL Kuala Lumpur dan santapan tengahari pada hari ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/solat-jumaat-bersama-dytm-raja-muda-perak-darul-ridzuan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:24 MYT
PULAPOL Kuala Lumpur - 7 Januari 2011

Duli  Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah berkenan mencemar Duli untuk menunaikan Solat Jumaat di Masjid Sallehin, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur  (PULAPOL KL) dan majlis santapan tengahari  pada hari ini.

 

Keberangkatan tiba Raja Muda Perak disambut oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama YDH DIG Datuk Hussin Bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara dan YDH SAC Zulkifli Bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur.

 

Turut hadir pada majlis tersebut, YDH Dato'-Dato' Pengarah Jabatan  PDRM, YDH Ketua-ketua Polis Negeri, Pegawai-pegawai Kanan, anggota - anggota   dan kakitangan awam warga PULAPOL KL serta tetamu-tetamu jemputan.

 

Setelah selesai menunaikan Solat Jumaat, Duli  Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak telah berangkat ke Dewan Bankuet dengan diiringi oleh YDH Ketua Polis Negara dan hadirin yang hadir untuk Majlis Santapan Tengahari. Sebelum majlis santapan bermula, YDH Ketua Polis Negara telah menyampaikan cenderahati kepada Duli Yang Teramat Mulia Tuanku sebagai tanda kenangan oleh warga Polis DiRaja Malaysia.

 

Setelah selesainya majlis santapan, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku telah berangkat ke Dewan Mesyuarat Utama, Mess Annex untuk  mendengar taklimat berkenaan Struktur Organisasi PULAPOL Kuala Lumpur  yang disampaikan oleh YDH SAC Zulkifli Bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur.

 

Sebelum berangkatan pulang, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah telah meluangkan masa, meninjau persekitaran PULAPOL Kuala Lumpur dan bergambar kenangan bersama barisan pucuk pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia.

Solat Jumaat Bersama Dytm Raja Muda Perak Darul Ridzuan
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah menunaikan Solat Sunat di Masjid Sallehin, PULAPOL Kuala Lumpur

Solat Jumaat Bersama Dytm Raja Muda Perak Darul Ridzuan

Berangkat setelah menunaikan Solat Jumaat untuk Majlis Santapan Tengahari di Dewan  Bankuet

Solat Jumaat Bersama Dytm Raja Muda Perak Darul Ridzuan

Anak-anak warga PULAPOL Kuala Lumpur setia menunggu Duli Yang Teramat Mulia Tuanku di luar perkarangan Masjid Sallehin untuk bersalaman sebelum ke sekolah

Solat Jumaat Bersama Dytm Raja Muda Perak Darul Ridzuan

YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah.

Solat Jumaat Bersama Dytm Raja Muda Perak Darul Ridzuan

YDH Ketua Polis Negara memberi penerangan gambar di setiap helaian Kalender PDRM kepada Duli Yang Teramat Mulia Tuanku

Solat Jumaat Bersama Dytm Raja Muda Perak Darul Ridzuan

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku tersenyum melihat koleksi gambarnya bersama warga PDRM

Solat Jumaat Bersama Dytm Raja Muda Perak Darul Ridzuan

Antara warga PULAPOL Kuala Lumpur di Majlis Santapan Tengahari

Solat Jumaat Bersama Dytm Raja Muda Perak Darul Ridzuan

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku berangkat ke Mess  Annex untuk sesi taklimat

Solat Jumaat Bersama Dytm Raja Muda Perak Darul Ridzuan

Bergambar kenangan di hadapan Dewan Bankuet

Solat Jumaat Bersama Dytm Raja Muda Perak Darul Ridzuan

YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersama YDH Komandan PULAPOL Kuala Lumpur mengiringi Duli Yang Teramat Mulia Tuanku meninjau persekitaran PULAPOL Kuala Lumpur

Solat Jumaat Bersama Dytm Raja Muda Perak Darul Ridzuan

Sesi bergambar di hadapan Mess Annex...

Solat Jumaat Bersama Dytm Raja Muda Perak Darul Ridzuan

Keberangkatan pulang Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah

Solat Jumaat Bersama Dytm Raja Muda Perak Darul Ridzuan

Selamat berangkat pulang Tuanku..

Wartawan  : L/Kpl Mohd Khaidzir bin Mahmad
Jurufoto    : Konst Mohd Helmi bin Saadin
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan
ArticlePublished 10 Jun 2014 7.08 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM