Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Smart Partnership Pdrm Mcpf Wujud Impak Penurunan Kadar Jenayah Negara

Published: 11 Jun 2014 7.11 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kadar jenayah indeks di negara telah menampakkan penurunan yang ketara setelah pendekatan NKRA dilaksanakan di mana jenayah indeks bagi seluruh negara telah menunjukkan penurunan sebanyak 10.1 peratus..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/smart-partnership-pdrm-mcpf-wujud-impak-penurunan-kadar-jenayah-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:57 MYT
"Slogan MCPF yang berbunyi crime prevention is our responsibility merupakan natijah kepada fakta bahawa pencegahan jenayah adalah merupakan tanggungjawab bersama," - Ketua Polis Negara

Damansara , 4 Oktober 2011
 - "Peranan yang dimainkan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) amat bertepatan dalam membantu Polis melalui kaedah-kaedah bersepadu (integrated approach) dalam memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat, sama ada di bangku sekolah, peringkat menengah, pengajian tinggi dan komuniti secara amnya," ujar YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya sempena Majlis Fund-Raising Dinner 2011 yang bertempat di Hotel One World, Bandar Utama, hari ini.

Tambah beliau, inisiatif-inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan telah menampakkan hasilnya dan melalui smart partnerships, PDRM akan terus bekerjasama dengan MCPF serta agensi-agensi kerajaan dan swasta untuk mengenalpasti dan melaksanakan strategi-strategi baru yang menjamin pencegahan jenayah supaya lebih efisien dan efektif.

Beliau juga menyatakan sokongannya terhadap usaha gigih Kementerian Pelajaran di bawah teraju YAB Timbalan Perdana Menteri untuk menangani isu disiplin di peringkat sekolah yang telah juga menjadi agenda utama PDRM.

Sebelum itu, beliau telah menyatakan kadar jenayah indeks di negara telah menampakkan penurunan yang ketara setelah pendekatan NKRA dilaksanakan di mana jenayah indeks bagi seluruh negara telah menunjukkan penurunan sebanyak 10.1 peratus di antara Januari hingga Ogos 2011, berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas, juga Indeks Jenayah Jalanan yang turut mencatatkan penurunan sebanyak 39.7 peratus di antara Januari hingga Ogos 2011, berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2009.

Menyokong kenyataannya itu, Malaysia telah diletakkan di tangga ke-19 yang paling selamat dan aman di antara 153 buah negara yang dikaji oleh Institute for Economic and Peace (IEP) dan merupakan top twenty percent yang meletakkan Malaysia sebagai negara yang paling selamat di Asia Tenggara dan ketiga paling selamat dalam Asia selepas Jepun di tangga ke-3 Global Peace Index 2011 (GPI) dan Qatar (tempat ke-12).

"Walaupun petunjuk-petunjuk (indicator) ini satu pencapaian yang boleh dilabelkan sebagai sebagai kejayaan, we must not rest on our laurels dan kita tahu bahawa kita tidak boleh bersikap komplasen dalam hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan nyawa dan harta benda," ujar Ketua Polis Negara.

"Apa jua sumbangan para hadirin sama ada secara individu atau dalam kapasiti korporat adalah amat bernilai kepada MCPF dan kerajaan untuk terus melaksanakan program-program yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat terutamanya dalam konteks pencegahan jenayah. Tanpa pengorbanan tuan-puan, inisiatif-inisiatif berkaitan pencegahan jenayah hanya dapat dilaksanakan setakat mana yang termampu oleh kerajaan. Kita semua tahu bahawa kita juga perlu membantu kerajaan ke arah crime free society. Untuk ini saya suka mengungkap semula kata-kata John F.Kennedy yang berbunyi, "Ask not what your country can do for you; ask what can you can do for your country," akhiri beliau.

Hadir sama dalam majlis pada hari ini, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Pengerusi MCPF, Pengarah-pengarah PDRM, Y.Bhg Tan Sri Lee Lam Thye,Bhg Datuk Eddy Chen Lok Loi, Bendahari MCPF merangkap Pengerusi Jawatankuasa Fund-Raising MCPF 2011 dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Smart Partnership Pdrm Mcpf Wujud Impak Penurunan Kadar Jenayah Negara
Ketibaan YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Smart Partnership Pdrm Mcpf Wujud Impak Penurunan Kadar Jenayah Negara
Ketibaan YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara dan isteri.

Smart Partnership Pdrm Mcpf Wujud Impak Penurunan Kadar Jenayah Negara
Ketibaan YAB Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Smart Partnership Pdrm Mcpf Wujud Impak Penurunan Kadar Jenayah Negara
dari kiri... YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Y.Bhg Tan Sri Lee Lam Thye, YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar.

Smart Partnership Pdrm Mcpf Wujud Impak Penurunan Kadar Jenayah Negara
Datuk Eddy Chen Lok Loi memberi ucapan aluan semasa majlis.

Smart Partnership Pdrm Mcpf Wujud Impak Penurunan Kadar Jenayah Negara
YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara memberi ucapan semasa majlis.

Smart Partnership Pdrm Mcpf Wujud Impak Penurunan Kadar Jenayah Negara
YAB Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia memberi ucapan semasa majlis.

Anugerah Khidmat Cemerlang
Smart Partnership Pdrm Mcpf Wujud Impak Penurunan Kadar Jenayah Negara
Smart Partnership Pdrm Mcpf Wujud Impak Penurunan Kadar Jenayah Negara
Smart Partnership Pdrm Mcpf Wujud Impak Penurunan Kadar Jenayah Negara

Penyampaian Mock Cek Daripada Penderma.

Antara Yang Hadir.

Bergambar Kenangan.

Jurufoto    : L/Kpl Helmi, Konst Raymond
Wartawan   : L/Kpl Helmi
Pentyunting : Konst Raymond
ArticlePublished 11 Jun 2014 7.11 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM