Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

7 Kes Penyeludupan Dadah Melalui Lapangan Terbang Tumpas

Diterbitkan: 11 Jun 2014 7.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
7 kes penyeludupan oleh warganegara asing sejak 29 September 2011 hingga 3 Oktober 2011 berjaya ditumpaskan dan sebanyak 12 tangkapan telah dibuat dan kesemua yang terlibat terdiri daripada 4 lelaki w..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/7-kes-penyeludupan-dadah-melalui-lapangan-terbang-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:08 MYT

Bukit Aman, 4 Oktober 2011 - "PDRM terutamanya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan sentiasa memantau dan meningkatkan pemeriksaan di lapangan terbang KLIA dan LCCT bagi membendung penyeludupan dadah oleh sindiket warganegara asing ini" ujar YDH CP Dato' Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik semasa sidang media di Dewan Theatrette bukit aman pada petang ini.

Sidang media ini diadakan berikutan kejayan pihak JSJN menyelesaikan 7 kes penyeludupan oleh warganegara asing sejak 29 September 2011 hingga 3 Oktober 2011. Sebanyak 12 tangkapan telah dibuat dan kesemua yang terlibat terdiri daripada 4 lelaki warganegara Iran, 5 lelaki warganegara Nigeria, 1 lelaki warganegara Benin, 1 lelaki warganegara Pakistan, dan 1 perempuan warganegara Filipina. Jumlah rampasan dadah yang dibuat adalah sebanyak 10.18kg Syabu dan 4.58kg Heroin dan dianggarkan nilai rampasan dadah berjumlah RM2.17 juta mengikut harga pasaran.

Antara kes-kes yang menarik perhatian adalah seperti berikut:

  • Pada 26/9/2011 lebih kurang jam 4.30 petang di KLIA telah berjaya menangkap seorang lelaki warganegara Nigeria dan merampas 2kg Syabu yang disembunyikan dalam beg yang mengandungi alat muzik (Trompet).

 

  • Pada 29/9/2011 jam 12.40 tengahari di KLIA telah berjaya menangkap seorang lelaki warganegara Pakistan yang dipercayai menelan dadah. Pemeriksaan di hospital mendapati di dalam perut subjek mengandungi ketulan-ketulan disyaki dadah. Sehingga kini sebanyak 25 ketul telah dapat dikeluarkan. Subjek masih ditahan di hospital untuk mengeluarkan semua ketulan dadah.

 

  • Pada 30/9/2011 jam 10.15 malam di KLIA telah berjaya menangkap dua lelaki warganegara Nigeria dan seorang perempuan warganegara Filipina serta berjaya merampas 4.58kg Heroin yang disembunyikan dalam beg galas dan dipercayai untuk dibawa ke negara lain.

 

  • Pada 1/10/2011 jam 10.15 malam di KLIA telah berjaya menangkap seorang lelaki warganegara Nigeria dan merampas 1.7kg Syabu yang disembunyikan dalam botol-botol krim.

 

  • Pada 2/10/2011 jam 10.20 malam di KLIA telah berjaya menangkap seorang warganegara Nigeria dan merampas 0.74kg Syabu yang disembunyikan dalam speaker.

 

  • Pada 3/10/2011 jam 3.20 petang di KLIA telah berjaya menangkap seorang lelaki warganegara Benin dan merampas 3kg Syabu yang disembunyikan dalam beg pakaian.

 

Kesemua yang ditangkap adalah dalam lingkungan umur antara 23 hingga 41 tahun dan di antaranya ada yang bekerja sebagai peniaga dan juga pelajar kolej swasta dan kini sedang berada dalam tahanan reman sehingga 7 Oktober 2011 untuk siasatan lanjut.

7 Kes Penyeludupan Dadah Melalui Lapangan Terbang Tumpas
YDH CP Dato' Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (dua dari kiri) menunjukkan komputer riba yang digunakan tempat mengisi dadah.

7 Kes Penyeludupan Dadah Melalui Lapangan Terbang Tumpas
YDH CP Dato' Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menunjukkan botol-botol krim tempat mengisi dadah.

7 Kes Penyeludupan Dadah Melalui Lapangan Terbang Tumpas
YDH CP Dato' Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menunjukkan peti pembesar suara yang digunakan untuk menyembunyikan dadah.

7 Kes Penyeludupan Dadah Melalui Lapangan Terbang Tumpas
Dadah dibungkus dalam bekas nipis dan masukkan ke dalam ruang-ruang bagasi.

7 Kes Penyeludupan Dadah Melalui Lapangan Terbang Tumpas
YDH CP Dato' Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dalam sidang media.

7 Kes Penyeludupan Dadah Melalui Lapangan Terbang Tumpas
Antara jemputan media yang hadir.



Jurufoto    : Konst Raymond
Wartawan   : Konst Raymond
Penyunting :

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 7.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM