Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sistem Pemantauan Bandar Selamat 1 Transformasi Ke Atas Police Reporting System Prs

Diterbitkan: 11 Jun 2014 1.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur, 05 April 2011 - Majlis Pelancaran Sistem Pemantauan Bandar Selamat telah diadakan di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur pagi tadi dan turut dihadiri oleh YB Dato' Wira Chor Chee Heung, ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sistem-pemantauan-bandar-selamat-1-transformasi-ke-atas-police-reporting-system-prs
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:33 MYT

Kuala Lumpur, 05 April 2011 - Majlis Pelancaran Sistem Pemantauan Bandar Selamat telah diadakan di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur pagi tadi dan turut dihadiri oleh YB Dato' Wira Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan YDH Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara.

Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS) dibangunkan dengan kerjasama antara PDRM, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ia direka bentuk untuk mengintegrasi data jenayah dari Sistem Laporan Polis (PRS) dengan Program Bandar Selamat dan maklumat guna tanah dengan menggunakan Pelantar Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk memantau keberkesanan pelaksanaan langkah Program Bandar Selamat dalam membanteras jenayah jalanan di kawasan PBT. Selain itu ia juga bertujuan bagi mengenal pasti dan memantau kawasan hotspots sedia ada dan berpotensi, corak jenayah, dan lokasi yang kerap berlaku jenayah. Oleh itu PDRM dan PBT kini dibantu secara produktif dalam usaha membanteras jenayah.

SPBS melibatkan 12 PBT, 42 Balai Polis dalam 4 negeri hotspots iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang yang mana ia menyumbang kepada 70% jenayah jalanan. Sistem yang dibangunkan dalam tempoh masa 5 bulan ini (Ogos-Disember 2010) telah menelan belanja sebanyak RM 5.3 juta dan sudah mula beroperasi pada 1 Januari 2011 lalu.

YB Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin semasa dalam ucapannya memberitahu bahawa Manual Pengguna Police Reporting System (PRS) Pemetaan Jenayah merupakan Standard Operating Procedure (SOP) yang digunapakai oleh pegawai enquiry, pegawai penyelia dan pegawai penyiasat di balai-balai polis terlibat. Beliau juga berharap agar sistem ini akan mengubah tanggapan rakyat bahawa melaporkan kejadian jenayah di balai polis adalah suatu perkara yang sia-sia dan membuang masa kerana mangsa jenayah boleh melihat peta dan menentukan lokasi jenayah dengan lebih tepat dan ini diambil kira oleh pihak polis dan PBT untuk tindakan susulan masing-masing bagi memastikan kes jenayah sedemikian tidak mudah berulang.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato' Wira Chor Chee Heung pula, SPBS tidak mungkin dapat dibangunkan tanpa kerjasama strategik dari PDRM dan tambah beliau lagi, selain daripada transformasi dari pinmap, sistem pematauan ini berupaya menunjukkan kawasan liputan pelaksanaan langkah bandar selamat, keberkesanan atau sebalik pelaksanaannya berasaskan indeks jenayah jalanan, mengesan perubahan lokasi jenayah (crime displacement) dan kawasan berpotensi berasaskan guna tanah punca jenayah dan dipaparkan di atas peta untuk dilihat dengan jelas.

Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut ialah YBhg. Dato' Ahmad bin Hj. Kabit, KSU KPKT, YBhg. Dato' Mohd Fadzil bin Hj. Mohd Khir, Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Ketua-ketua Polis Negeri, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, dan wakil media.

Sistem Pemantauan Bandar Selamat 1 Transformasi Ke Atas Police Reporting System Prs
YB Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishammuddin berucap sempena Pelancaran Sistem Pemantauan Bandar Selamat.

Sistem Pemantauan Bandar Selamat 1 Transformasi Ke Atas Police Reporting System Prs
YB Dato' Wira Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berucap serta merasmikan Pelancaran Sistem Pemantauan Bandar Selamat.

Sistem Pemantauan Bandar Selamat 1 Transformasi Ke Atas Police Reporting System Prs
YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein Menteri Dalam Negeri menyerahkan Manual Pengguna kepada YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar Ketua Polis Negara. 

Sistem Pemantauan Bandar Selamat 1 Transformasi Ke Atas Police Reporting System Prs
Anatara yang hadir di Majlis Pelancaran terdiri dari YDH Dato'-dato' Pengarah PDRM, pegawai-pegawai kanan, anggota pangkat rendah serta wakil-wakil media.
Sistem Pemantauan Bandar Selamat 1 Transformasi Ke Atas Police Reporting System Prs
Bergambar bersama PDRM dan wakil dari 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sistem Pemantauan Bandar Selamat 1 Transformasi Ke Atas Police Reporting System Prs
YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein Menteri Dalam Negeri, YB Dato' Wira Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan YDH Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara melawat ke Kiosk Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS).
 
Sistem Pemantauan Bandar Selamat 1 Transformasi Ke Atas Police Reporting System Prs
YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein sempat membuat satu sidang media selepas berakhirnya majlis pelancaran tersebut.

Wartawan  : L/Kpl Syamsul Baharin bin Mohamed
Jurufoto   : Konst Raymond bin Martin
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahlan

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 1.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM