Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sindiket Transit Rotan Tumpas

Published: 13 Mar 2015 4.27 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
KUCHING: Polis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup rotan seberat 93 tan metrik bernilai RM144,000 ke luar negara selepas menyerbu sebuah syarikat pengangkutan dan kilang kayu di Jalan Bako, Muara Tebas dan Jalan Batu Kawa-Matang di sini hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-transit-rotan-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:04 MYT
KUCHING: Polis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup rotan seberat 93 tan metrik bernilai RM144,000 ke luar negara selepas menyerbu sebuah syarikat pengangkutan dan kilang kayu di Jalan Bako, Muara Tebas dan Jalan Batu Kawa-Matang di sini hari ini.

Rampasan tersebut adalah pertama kali membabitkan penye ludupan rotan dari negara jiran, Indonesia ke Sarawak untuk dijual ke luar negara.

Pegawai Turus Gerakan Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Sarawak, Deputi Superintenden Rosdi Inai berkata, pihaknya mula mengesan kegiatan sindiket terbabit sejak akhir tahun lalu.

Beliau berkata, hasil siasatan dan intipan yang dijalankan, pasukan penyiasat yang diketuai oleh Asisten Superintenden (ASP) Sahamran Ibrahim dengan dibantu oleh empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah melakukan dua serbuan hari ini.

"Siasatan mendapati rotan tersebut diseludup masuk dari Kalimantan, Indonesia menggunakan laluan gajah melalui Kampung Stass, Bau dekat sini.

"Rotan tersebut akan dibawa ke kilang kayu di Jalan Batu Kawa Matang sebelum dihantar ke pelabuhan untuk diseludup ke luar negara iaitu, Singapura dijadikan perabot" katanya,

Tambah Rosdi, kesemua rotan dirampas telah dibawa ke stor simpanan barang kes JHS di Bintawa di sini, manakala tangkapan dirujuk kepada jabatan sama untuk siasatan lanjut di bawah Ordinan Hutan Sarawak.
Sindiket Transit Rotan Tumpas
Sumber: Kosmo
ArticlePublished 13 Mar 2015 4.27 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM