Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sindiket Samun Bersenjata Tumpas

Diterbitkan: 13 Feb 2015 4.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menumpaskan sindiket samun bersenjata yang bergiat aktif sejak tujuh tahun lalu selepas menahan empat Ielaki, dalam dua serbuan berasingan, baru baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-samun-bersenjata-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:20 MYT

Kuala Lumpur: Polis menumpaskan sindiket samun bersenjata yang bergiat aktif sejak tujuh tahun lalu selepas menahan empat Ielaki, dalam dua serbuan berasingan, baru baru ini. 

Suspek berusia antara 18 hingga 25 tahun itu ditahan di Bukit Puchong dan Puchong di antara jam 9 hingga 11 malam, selepas melakukan risikan terhadap dua kejadian samun bersenjata pada 4 dan 7 Januari lalu. 

Suspek dipercayai terbabit dalam dua kes samun bersenjatakan parang dan pisau selain turut mencederakan mangsa menggunakan getah paip dan cota besi. 

Kes pertama suspek dikatakan memecah masuk sebuah TASKA di Taman Puchong Perdana sebelum menampar dan menerajang dua guru wanita di situ yang sedang tidur, Suspek katanya, turut melarikan wang tunai dan dua telefon bimbit milik guru di TASKA berkenaan.

Kes kedua pula mereka (suspek) turut memecah masuk asrama di SS14 dan melarikan sembilan telefon bimbit, wang tunai RM4,000 dan sebuah komputer serta dekoder rakaman litar tertutup CCTV. 

Turut dirampas, 11 unit telefon bimbit, enam pasport dan beberapa barangan hasil samun serta dua kereta jenis Honda Odyssey dan Volkswagen Passat.

Sumber: Berita Harian

Sindiket Samun Bersenjata Tumpas

ArtikelDiterbitkan 13 Feb 2015 4.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM