Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Khidmat Masyarakat Pdrm

Diterbitkan: 13 Feb 2015 4.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan selamat betemu kembali. Pembaca yang budiman, islam amat menitikberatkan aspek kebajikan dalam kehisupan seharian, yang berkait rapat dengan konsep kehidupan bermasyarakat, iaitu tanggungjawab social sesame manusia. Ini jelas dalam firman Allah SWT yang bermaksud; “Dan sesiapa yang menjaga kehidupan manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga kehidupan manusia se
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/khidmat-masyarakat-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:42 MYT

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan selamat betemu kembali. Pembaca yang budiman, islam amat menitikberatkan aspek kebajikan dalam kehisupan seharian, yang berkait rapat dengan konsep kehidupan bermasyarakat, iaitu tanggungjawab social sesame manusia. Ini jelas dalam firman Allah SWT yang bermaksud; “Dan sesiapa yang menjaga kehidupan manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga kehidupan manusia semuanya.” (al-maidah:32)

Polis Diraja Malaysia melihat tanggungjawab nisbah untuk menjaga keselamatan negaa sebagai satu ibadah manakala kebajikan dan kesedaran masyaraka sebagai amal jariah yang ditntut oleh agama. Kedua-dua tanggungjawab dubia dan akhirat ini dititikberatkan sebagai menyempurnakan perananan PDRM sebagai khalifah di bumi ini. Atas dasar inilah PDRM sudah menggerakkan pelbagai bentuk usaha untuk membantu mangsa banjir yang melanda pantai timur baru-baru ini supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian seperti biasa.

Dalam Artikel kali ini, saya berasa bangga untuk berkongsi sdengan pembaca, kerja amal yang dilaksanakan PDRM melalui pembabitan pegawai dan anggota Batalion 9, Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara, dalam membina semula sebuah surau yang musnah di Kg Nal, Kuala Krai Kelanta dalam bencana banjir baru-baru ini. Surau Kg Nal ini pada asalnya dibina pada tahun 197 di atas tana Tuan Haji Sopa Mamat yang juga penjaga Surau ini mengambil masa dua tahun untuk disiapkan menggunakan kayu dan papan. 

Seawal 11 Januari 2015, sepasukan pcgawai dan anggota Batalion 9, PGA Briged Tenggara sudah berada di Lapak Surau Kg Nal. Kuala Krai, Kelantan untuk melaksanakan kerja pembersihan, Melihat pada kesan kemusnahan teruk pada surau berkenaan maka timbullah hasrat untuk membina masjid baru bagi memudahkan masyarakat setempat menunaikan ibadah. 

Sehubungan itu. Pegawai pemerintah Batalian 9, PGA Briged Tenggara dengan sokongan Komander Briged Tenggara, mengadakan beberapa siri perbincangan dengan wakil penduduk Kampung Tok Jembal Kuala Terengganu bagi membuat perancangan rapi dan persediaan untuk menjayakan projek khidmat masyarakat pembinaan semula Surau Kampung Nal. 

Perancangan yang baik disertai dengan keikhlasan untuk mmmbina semula tempat ibadah. serta sokongandaripada penduduk setempat menjadi pembakar semangat kepada warga Batalion 9 merealisasikan hasrat untuk membangun sebuah surau yang baru. Peniaga kecil di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu turut menghulurkan sumbangan dalam bentuk bahan binaan manakala beberapa orang perseorangan tampil menghulurkan bantuan kewangan. Malah Kerajaan Negeri Terengganu sundiri turut sama membatu dari aspek sumbangan makanan dan bantuan lain kepada penduduk sekitar Kampung Nal berkenaan walaupun bukan di bawah jajahan pcntadbirannya. 

Penghantaran segala sumbangan bahan binaan yang diterima dilakukan secara konvoi oleh 21 buah lori kecil bersama muatan pasir, batu, simen. besi dan lain-lain ke Kg Kuala Nal dari Kuala Terengganu. 

Bagi warga Batalion 9 yang sebahagian mereka sudah berada dan menyaksikan sendiri keadaan di sana sewaktu banjir melanda, mereka juga tidak ketinggalan membuat kutipan dan memberikan sumbangan wang runai bagi menampung perbelanjaan pembinaan semula Surau Kg Nal. 

Kerja pembersihan dan meruntuhkan surau lama dimulakan pada 11 dan 12 Januari 2013. Dengan di ketuai seorang pegawai bersama 30 anggota Batalion 9, Pasukan Gerakan Am, mereka memulakan pembinaan semula surau itu pada 13 lanuari 2013. Paling membanggakan. segala kerja pembinaan seperti membancuh, meratakan simen lantai. menaikkan dinding bata dan bingkai pintu, kerja pemasangan kayu pengikat siling, mengecat dan plaster dilaksanakan sepennhnya oleh pegawai dan anggota Baialion 9. Pasukan kerja ini kemudiannya turut mendapat bantuan 15 sukarelawan dari Kuala Terengganu yang membantu dari aspek pemasangan ‘tiles' dan pendawaian elektrik. 

Selama 22 hari membanting kudrat dan tenaga, segala usaha berbaloi apabila pembinaan semula Surau Kg Nal ini berjaya disiapkan sepenuhnya pada 3 Februari 2014. Surau baru yang dibina ini sudah diberikan nafas baru dari bangunan kayu dan papan kepada bangunan batu serta dilengkapi dengan sistem penghawa dingin, tandas yang sempurna, ruang solat yang lebih luas dan selesa untuk sebarang aktiviti ibadat. 

Surau Kampung Nal yang siap sepenuhnya diserahkan kepada penduduk kampung di dalam satu majlis penyerahan Surau Kg Nal pada 5 Februari 2015 yang mana penyerahannya disempurnakan Komander Briged Tcnggara Datuk Azizan Taat. 

Penugasan khidmat masyarakat pembinaan semula Surau Kg Nal ini diakui berjaya membuka mata dan hati warga PDRM sendiri. Kegembiraan dan kebanggaan yang tidak dapat diluahkan dengan kala-kata lahir apabila melihat lersergam indahnya surau baru yang bakal digunakan oleh penduduk Kg Nal untuk tujuan ibadat.

Keriasama membina semula masjid ini bukan sahaja gerak kerja amal yang dituntut oleh agama, malah ia berjaya merapatkan lagi hubungan antara polis dan masyarakat. Segala proses pembinaannya memberikan kenangan manis antara petugas dan pendudukkampung serta jalinan kerjasama yang sedia wujud ini akan sentiasa dikenang dan menjadi sejarah di sanubari warga PDRM amnya dan Batilion 9, Pasukan Gerakan Am, Briged Tenggara khususny.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada semua petugas, sukarelawan, para penderma dan juga penduduk kampung Nal Kuala Krai, Kelantan di atas usaha pembinaan semula Surau Kg Nal. Ini adalah bukti komitmen PDRM kepada masyarakat di mana kami bukan hanya berusaha untuk menjaga keselamatan, malah kami menunaikan tanggungjawab kami untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan masyarakat. 

Sama-samalah kita berusaha kejalan kebaikan dan menjaga kebajikan sesame manusia supaya negara kita sentiasa dirahmati dan diberkati dengan keamanan dan keberkatan.

Semoga segala usaha kia diberkati Allah SWT. Insya-Allah.

Penulis Ketua Polis Negara.

Khidmat Masyarakat Pdrm

ArtikelDiterbitkan 13 Feb 2015 4.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM