Sindiket Pengedaran Dadah Tewas
Kuala Lumpur - 2
Julai 2009. Satu Sindiket kegiatan pengedaran dadah jenis Ketamine di
sekitar Lembah Kelang telah berjaya ditumpaskan oleh sepasukan anggota
Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sentul.
Suspek
yang ditahan ialah seorang lelaki dan seorang perempuan berbangsa Cina
berumur antara 23 hingga 28 tahun di Desa Setapak, Kuala Lumpur.
Hasil dari tangkapan, polis Berjaya menjumpai dan merampas 3 kilogram dadah jenis Ketamine. Turut dirampas sebuah kereta jenis Kia Sepctra. Nilai semasa pasaran bagi dadah yang dirampas dianggarkan berjumlah RM40,000.00.
Kejayaan ini adalah hasil dari maklumat yang disalurkan oleh orang ramai kepada pihak Polis.