Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Tujuh Lelaki Dan Merampas Dadah Jenis Ganja Bern

Diterbitkan: 13 Jun 2014 2.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ipoh - 29 Julai 2009. Polis menahan 4 orang lelaki di di sebuah rumah di Kampung Changkat Ibol, Changkat Jering, Taiping, Perak. Turut ditemui polis ketika membuat tangkapan ialah 10 karung guni ya..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kuala-lumpur-2-julai-2009-satu-sindiket-kegiatan-pengedaran-dadah-jenis-ketamine-di-sekitar-lembah-kelang-telah-berjaya-ditumpaskan-oleh-sepasukan-ang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:39 MYT
Ipoh - 29 Julai 2009.  Polis menahan 4 orang lelaki di  di sebuah rumah di Kampung Changkat Ibol, Changkat Jering, Taiping, Perak.  Turut ditemui polis ketika membuat tangkapan ialah 10 karung guni yang mengandungi ketulan mampat dipercayai ganja dengan berat 86 kg bernilai RM220,000.  

YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Ketua Polis Perak berkata tangkapan ini adalah hasil dari maklumat dan kerjasama orang ramai dan ini merupakan kejayaan rampasan yang terbesar sekali di negeri  Perak pada tahun 2009.  Serbuan dan tangkapan dijalankan oleh pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama pegawai dan anggota JSJN Kontinjen Perak.  Susulan daripada tangkapan itu, polis menyerbu ke sebuah rumah di Kg. Air Kuning, Changkat Jering, Taiping dan menahan 3 orang lelaki lagi.  Kes disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952, dan jika di sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.

Polis Tahan Tujuh Lelaki Dan Merampas Dadah Jenis Ganja Bern
YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Ketua Polis Perak bersama-sama ketulan mampat dipercayai ganja dengan berat 86 kg bernilai RM220,000
ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 2.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM