Sindiket Pemalsuan Kad Kredit/Atm Tumpas
Kuala
Lumpur, 25 Feb - Bahagian operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
(JSJK) Bukit Aman telah menjalankan serbuan dan tangkapan terhadap
suspek-suspek sindiket pemalsuan kad kredit/ATM antarabangsa yang
didalangi oleh warga Kanada dan Sri Langka di sekitar Daerah Dang Wangi, Sentul dan Gombak.
Operasi
pihak polis yang turut dinamakan Op Helang ini membuahkan kejayaan
apabila sindiket yang dipercayai telah beroperasi di Malaysia semenjak
Ogos 2012 dan mampu mengeluarkan wang sehingga RM20,000.00 dalam sehari
telah tumpas bersama barang rampasan 533 keping kad kredit/ATM pelbagai
bank luar Negara, wang tunai RM74,703.00, USD4,182, Dollar Canada,
4,185, dan lain-lain mata wang asing, 6 utas rantai lehir, 2 utas gelang
tangan, 1 utas anting-anting dipercayai emas, 4 utas jam tangan
berjenama, 4 buah computer, 2 buah mesin mini magnetic stripe card
reader/writer, 1 mesin pengira wang, 8 keping slip pengeluaran wang dan 1
kotak besi bersama analog padlock.
Dato'
Wira Syed Ismail bin Syed Azizan, Pengarah JSJK Bukit Aman dalam sidang
media di Kompleks JSJK Bukit Perdana, hari ini menjelaskan pihak polis
telah berjaya menangkap seramai 9 ahli sindiket di 2 lokasi ATM Bank
sekitar Kuala Lumpur dan ketika serbuan, kesemua saspek tersebut sedang
melakukan transaksi pengeluaran wang tunai di mesin ATM.