Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sindiket Pemalsuan Kad Kredit Atm Tumpas 20140617

Published: 17 Jun 2014 2.13 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Operasi pihak polis yang turut dinamakan Op Helang ini membuahkan kejayaan apabila sindiket yang dipercayai telah beroperasi di Malaysia semenjak Ogos 2012 dan mampu mengeluarkan wang sehingga RM20,00..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-pemalsuan-kad-kredit-atm-tumpas-20140617
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:57 MYT

Kuala Lumpur, 25 Feb - Bahagian operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman telah menjalankan serbuan dan tangkapan terhadap suspek-suspek sindiket pemalsuan kad kredit/ATM antarabangsa yang didalangi oleh warga Kanada dan Sri Langka di sekitar Daerah Dang Wangi, Sentul dan Gombak.

Operasi pihak polis yang turut dinamakan Op Helang ini membuahkan kejayaan apabila sindiket yang dipercayai telah beroperasi di Malaysia semenjak Ogos 2012 dan mampu mengeluarkan wang sehingga RM20,000.00 dalam sehari telah tumpas bersama barang rampasan 533 keping kad kredit/ATM pelbagai bank luar Negara, wang tunai RM74,703.00, USD4,182, Dollar Canada, 4,185, dan lain-lain mata wang asing, 6 utas rantai lehir, 2 utas gelang tangan, 1 utas anting-anting dipercayai emas, 4 utas jam tangan berjenama, 4 buah computer, 2 buah mesin mini magnetic stripe card reader/writer, 1 mesin pengira wang, 8 keping slip pengeluaran wang dan 1 kotak besi bersama analog padlock.

Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan, Pengarah JSJK Bukit Aman dalam sidang media di Kompleks JSJK Bukit Perdana, hari ini menjelaskan pihak polis telah berjaya menangkap seramai 9 ahli sindiket di 2 lokasi ATM Bank sekitar Kuala Lumpur dan ketika serbuan, kesemua saspek tersebut sedang melakukan transaksi pengeluaran wang tunai di mesin ATM.

ArticlePublished 17 Jun 2014 2.13 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM