Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sindiket Pemalsuan Kad Kredit Atm Tumpas

Diterbitkan: 12 Jun 2014 6.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Operasi pihak polis yang turut dinamakan Op Helang ini membuahkan kejayaan apabila sindiket yang dipercayai telah beroperasi di Malaysia semenjak Ogos 2012 dan mampu mengeluarkan wang sehingga RM20,00..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-pemalsuan-kad-kredit-atm-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:33 MYT

Sindiket Pemalsuan Kad Kredit/ATM Tumpas

Oleh: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin

Kuala Lumpur, 25 Feb - Bahagian operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman telah menjalankan serbuan dan tangkapan terhadap suspek-suspek sindiket pemalsuan kad kredit/ATM antarabangsa yang didalangi oleh warga Kanada dan Sri Lanka di sekitar Daerah Dang Wangi, Sentul dan Gombak baru-baru ini.

Operasi pihak polis yang turut dinamakan Op Helang ini membuahkan kejayaan apabila sindiket yang dipercayai telah beroperasi di Malaysia semenjak Ogos 2012 dan mampu mengeluarkan wang sehingga RM20k dalam sehari telah tumpas bersama barang rampasan berupa 533 keping kad kredit/ATM pelbagai bank luar Negara, wang tunai berjumlah RM74,703.00, USD4,182, Dollar Canada 4,185, dan lain-lain mata wang asing, 6 utas rantai leher, 2 utas gelang tangan, sepasang anting-anting, 4 utas jam tangan berjenama, 4 buah komputer, 2 buah mesin mini magnetic stripe card reader/writer, sebuah mesin pengira wang, 8 keping slip pengeluaran wang dan 1 kotak besi bersama analog padlock.

Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan, Pengarah JSJK Bukit Aman dalam satu sidang media di Kompleks JSJK Bukit Perdana hari ini menjelaskan pihak polis telah berjaya menangkap seramai 9 ahli sindiket di 2 lokasi ATM Bank sekitar Kuala Lumpur dan ketika serbuan, kesemua suspek tersebut sedang melakukan transaksi pengeluaran wang tunai di mesin ATM.

Dalam serbuan susulan, pihak polis telah berjaya menahan 14 suspek yang terdiri daripada warganegara Sri Lanka, India dan tempatan di beberapa lokasi berasingan sekitar Kuala Lumpur dan 2 suspek warga tempatan telah berjaya ditangkap di Kulim, Kedah yang dipercayai cuba melarikan diri ke negara jiran.

Modus operandi sindiket, kegiatan ini diketuai oleh seorang lelaki warga Kanada berketurunan Sri Lanka akan menghantar kad-kad kredit palsu tersebut kepada ahli sindiket di Malaysia melalui perkhidmatan kurier. 

Kemudian beberapa kumpulan ahli sindiket warga Kanada dan Sri Lanka akan datang memasuki Malaysia secara sah sebagai pelancong melalui penerbangan dan tinggal di hotel yang berhampiran dengan lokasi bank sekitar Kuala Lumpur.

Penyelia sindiket akan mengagihkan lebih kurang 60 keping kad tersebut kepada setiap kumpulan bagi tujuan pengeluaran wang tunai di ATM bank yang telah di kenal pasti. 

Transaksi pengeluaran bagi setiap kad adalah sehingga RM1,500 dan kad-kad tersebut akan terus dimusnahkan selepas sekali sahaja digunakan.

Bersama-sama barang rampasan, pihak polis turut menjalankan tangkapan seramai 25 individu yang terdiri daripada 9 lelaki warga Kanada, 11 warga Sri Lanka, seorang warga India dan 3 lelaki serta seorang wanita warga tempatan berusia dalam lingkungan 23 hingga 54 tahun.

Sebanyak 4 kertas siasatan telah dibuka di Daerah Dang Wangi dan Sentul dan suspek-suspek akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sindiket Pemalsuan Kad Kredit Atm Tumpas
Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan, Pengarah JSJK Bukit Aman ketika sidang media

Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan, Pengarah JSJK Bukit Aman menunjukkan barang rampasan kepada rakan media

Antara barang-barang yang dirampas

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 6.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM