Artikel
Jenayah Perbaharui Corak Persepsi Dan Tindakan
YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid menekankan fakta tersebut bagi merujuk kepada tindakan golongan tertentu yang sering mempertikaikan tindakan pihak polis sekiranya...
BUKIT AMAN, 27 Feb - "Berkenaan
jenayah, daripada perspektif masyarakat, mereka perlu memberikan
kerjasama dan perlu faham bahawa faktor-faktor lain seperti kepadatan
penduduk, kepesatan ekonomi dan pembangunan juga memungkinkan implikasi
sosial," ujar YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua
Polis Negara sempena Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit
Aman anjuran Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di perkarangan Kompleks 3
Bukit Aman, pagi tadi.
Umpamanya, tekanan hidup yang dihadapi seseorang yang sukar mendapatkan pekerjaan boleh mendorong individu tersebut memilih untuk melakukan jenayah seperti ragut, samun dan sebagainya bagi menampung hidup.
YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid menekankan fakta tersebut bagi merujuk kepada tindakan golongan tertentu yang sering mempertikaikan tindakan pihak polis sekiranya hasil sesuatu siasatan atau kejadian tidak memihak kepada mereka.
Pada masa yang sama, beliau turut menegaskan PDRM perlu sentiasa mencetuskan idea bagaimana mencari jalan untuk mengurangkan kadar jenayah di negara ini.
Lanjutan daripada inisiatif-inisiatif (NKRA & NBOS) yang telah dilaksanakan sebelum ini, terbukti ianya telah menunjukkan keberkesanan dan mencapai objektifnya.
Namun begitu, usaha tersebut perlu dilipat-ganda dan dimantapkan produktivitinya demi mengekalkan kesejahteraan dan keamanan negara.
Berucap mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar telah menyempurnakan upacara penganugerahan sijil kepujian kepada warga-warga PDRM yang telah menyampaikan perkhidmatan cemerlang kepada pasukan.
Turut hadir, CP Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, Pengarah JSJ Bukit Aman, selaku Pengerusi Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman kali ini, Pengarah-pengarah PDRM, Timbalan-timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan, anggota-anggota serta kakitangan-kakitangan awam PDRM Bukit Aman.

Ucapan daripada YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.
Sekitar perhimpunan..

Pemeriksaan Kawalan Keselamatan..

Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang hadir..

Pucuk-pucuk pimpinan PDRM yang hadir...

Antara warga-warga PDRM yang hadir...

Kakitangan Awam yang hadir...

Antara penerima-penerima sijil kepujian Ketua Polis Negara.

Antara warga-warga PDRM Bukit Aman yang hadir...

Sekitar upacara penyampaian sijil kepujian....