Sindiket Pemalsuan Cukai Jalan Tumpas Di Kulaijaya
Polis Kulaijaya menumpaskan sindiket pemalsuan cukai jalan kenderaan setelah menahan seorang individu dalam serbuan di sebuah rumah Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah, Supt. Razak Md. Said berkata, lelaki berusia 36 tahun yang dipercayai ahli sindiket berkenaan ditahan dalam satu serbuan pada pukul 8.45 malam.
Turut dirampas ialah beberapa barangan yang dipercayai digunakan kegiatan tersebut seperti sebuah komputer, mesin pencetak dan pengimbas serta 41 dokumen cukai jalan kenderaan yang dipercayai palsu.
Sumber: Utusan Malaysia