Polis Tahan Penjenayah Yang Masih Khayal Cuba Larikan Diri
Dua penjenayah yang masih dalam keadaan khayal gagal melarikan diri daripada peronda polis apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbabas lalu masuk ke dalam longkang berhampiran Jalan Datuk Tawi Sli, di Kuching.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Supt. Fauzilan Abdul Aziz berkata, suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 32 tahun dan wanita 24 tahun itu dikatakan cuba menyamun seorang lelaki di Jalan Satok dengan menggunakan kereta bernombor pendaftaran palsu.
Pemeriksaan lanjut pihak polis dalam kereta berkenaan turut menemukan sebilah pedang samurai yang diletakkan di bawah tempat duduk penumpang hadapan dipercayai digunakan untuk aktiviti samun mereka.
Sumber: Utusan Malaysia