Kegiatan
dua suspek mencuri dan memecah kereta terbongkar apabila mereka
diberkas ketika melakukan kerja haram itu di kawasan tempat letak kereta
di Kuchai Foodcourt, Batu 51 /2, Jalan Puchong-Petaling, di sini,
22 April lalu. Dengan penahanan dua suspek itu serta seorang lagi
suspek yang bertindak sebagai orang tengah, polis berjaya menyelesaikan
sebanyak 25 kes pecah dan curi barang dalam kereta yang dilaporkan
berlaku sekitar Lembah Klang.
Ketua
Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Lee
Abdullah berkata, sebelum tangkapan dibuat kira-kira jam 10.30 malam,
dua suspek itu memecah sebuah kereta Perodua Myvi di kawasan sama dan
mencuri beberapa barangan berharga yang terdapat dalam kenderaan
tersebut. Beliau berkata, pemilik kereta terbabit kemudiannya membuat
laporan berhubung kejadian, sebelum polls mengesan dan menahan kedua-dua
suspek lelaki berusia 33 dan 28 tahun.
Sumber: Sinar Harian

Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Sindiket Pecah Kenderaan Tumpas
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Lee Abdullah berkata, sebelum tangkapan dibuat kira-kira jam 10.30 malam, dua suspek itu memecah sebuah kereta Perodua Myvi di kawasan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-pecah-kenderaan-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.