Nkra Malaysia Antara Negara Yang Teraman
Antara
langkah yang telah dilaksanakan dalam fasa pertama NKRA adalah
mempertingkat Skim Rondaan Sukarela, Program Sukarelawan Simpanan dan
program kepolisan komuniti
Penurunan
jenayah indeks setiap tahun membuktikan segala perancangan kerajaan
bagi menjamin kesejahteraan rakyat negara ini mencapai sasarannya.
Kejayaan ini adalah hasil usaha kerajaan meletakkan matlamat
mengurangkan kadar jenayah sebagai perincian pertama dalam Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sejak tiga tahun lalu.
Tahun
pertama pelaksanaannya pada 2010 menyaksikan sebanyak 15.4 peratus
penurunan jenayah indeks, 2011 sebanyak 11.1 peratus dan tahun ketiga
(2012) sebanyak 7.8 peratus. Jenayah jalanan pula menyaksikan penurunan
sebanyak 34.7 peratus (2010), 39.7 peratus (2011) dan 41.3 peratus tahun
lalu
Jenayah
indeks adalah melibatkan kekerasan dan harta benda merangkumi kes bunuh,
rogol, samun berkawan, samun (bersenjata api/tanpa senjata api) dan
mendatangkan kecederaan. Jenayah harta benda pula adalah kesalahan
mencuri, mencuri kenderaan, ragut dan pecah rumah.
SUMBER : KOSMO
