Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sindiket Pecah Kenderaan Tumpas

Diterbitkan: 17 Jun 2014 3.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Lee Abdullah berkata, sebelum tangkapan dibuat kira-kira jam 10.30 malam, dua suspek itu memecah sebuah kereta Perodua Myvi di kawasan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-pecah-kenderaan-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:58 MYT

Kegiatan dua suspek mencuri dan memecah kereta terbongkar apabila mereka diberkas ketika melakukan kerja haram itu di kawasan tempat letak kereta di Kuchai Foodcourt, Batu 51 /2, Jalan Puchong-Petaling, di sini, 22 April lalu. Dengan penahanan dua suspek itu serta seorang lagi suspek yang bertindak sebagai orang tengah, polis berjaya menyelesaikan sebanyak 25 kes pecah dan curi barang dalam kereta yang dilaporkan berlaku sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Lee Abdullah berkata, sebelum tangkapan dibuat kira-kira jam 10.30 malam, dua suspek itu memecah sebuah kereta Perodua Myvi di kawasan sama dan mencuri beberapa barangan berharga yang terdapat dalam kenderaan tersebut. Beliau berkata, pemilik kereta terbabit kemudiannya membuat laporan berhubung kejadian, sebelum polls mengesan dan menahan kedua-dua suspek lelaki berusia 33 dan 28 tahun.

Sumber: Sinar Harian

Sindiket Pecah Kenderaan Tumpas

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 3.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM