Sindiket Nombor Ekor Haram Tumpas Polis Berkas Tiga Lelaki Kota Tinggi
Polis percaya dapat melumpuhkan sindiket penjualan nombor ekor secara haram di sekitar daerah ini berikutan tertangkapnya tiga lelaki dalam tiga serbuan berasingan kelmarin.
Ketiga-tiga lelaki itu berusia antara 26 tahun dan 58 tahun, ditahan dalam Operasi Dadu yang dialankan selama dua jam di sekitar Felda Bukit Waha.
Polis juga merampas barangan iaitu tiga mesin pencetak mudah alih, tiga telefon bimbit, 17 helai kertas yang mengandungi nombor ekor serta wang tunai RM336.
Kesemua lelaki terbabit ditahan di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 untuk siasatan lanjut.
Sumber: Kosmo