Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Cubaan Seludup Keluar Haiwan Eksotik Berjaya Dipatahkan

Diterbitkan: 06 Aug 2015 12.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Tinggi, 5 Ogos – Sebanyak 332 ekor haiwan eksotik berjaya diselamatkan Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang dalam satu operasi yang dijalankan di Pantai Laut Telok Ramunia Sungai Rengit, dekat sini, petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cubaan-seludup-keluar-haiwan-eksotik-berjaya-dipatahkan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:35 MYT


Kota Tinggi, 5 Ogos – Sebanyak 332 ekor haiwan eksotik berjaya diselamatkan Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang dalam satu operasi yang dijalankan di Pantai Laut Telok Ramunia Sungai Rengit, dekat sini, petang semalam.

Menurut Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang, pihaknya terserempak dengan sebuah bot yang tidak mempunyai nombor pendaftaran.

“Pemeriksaan lanjut menjumpai 77 ekor burung murai dan 255 ekor kura-kura masih hidup dan berada di dalam bot tersebut. Haiwan eksotik tersebut diserahkan ke Jabatan Perhilitan Bandar Penawar untuk tindakan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

“Kita turut menahan dua lelaki masing-masing berumur 41 dan 56 tahun yang dipercayai cuba seludup keluar haiwan eksotik berkenaan ke Indonesia. Kedua-dua mereka ditahan dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan Seksyen 26A, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya.

Dalam kejadian berasingan, pelbagai jenis rokok seludup dirampas di sebuah di Gerai Felda Sening, Bandar Penawar, malam tadi.

“Pihak kami membuat pemeriksaan dan menggeledah premis rumah tersebut serta menjumpai sejumlah rokok putih dan rokok kretek disorok dalam beberapa kotak yang disimpan di rumah tersebut.

“Kesemua rokok dianggarkan bernilai RM45,014.26 disyaki tidak sah dan tidak dibayar cukai kastam,” kata beliau.

Pemilik rumah, seorang lelaki berumur 30 tahun ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Cubaan Seludup Keluar Haiwan Eksotik Berjaya Dipatahkan
ArtikelDiterbitkan 06 Aug 2015 12.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM