Kuala
Lumpur, 29 April – Polis menumpaskan sindiket penipuan internet (Love
Scam) yang dikendalikan oleh 14 lelaki warga Afrika selepas tiga wanita
warga China kerugian hampir RM9.5 juta akibat ditipu sindiket terbabit
akhir tahun lepas.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Dato' Wira Syed
Ismail Syed Azizan berkata, kesemua mereka berumur antara 22 dan 32
tahun ditahan dalam empat serbuan berasingan di sebuah pangsapuri di
Taman Mutiara Indah, Puchong pada 25 April lalu.
Menurutnya,
pihak JSJK juga telah berjaya merampas 7 unit komputer riba, 3 unit
komputer meja, 27 unit telefon bimbit, 2 unit 'Samsung Tablet', 3 unit
'external harddisk', 5 unit 'pendrive', 4 unit 'wireless router', 3 unit
'wireless broadband', 12 keping kad ATM dan 1 unit 'Magic Jack' – alat
untuk membuat telefon menggunakan internet.
Berdasarkan
maklumat dan risikan, sindiket ini telah menggunakan identiti 'Goodman'
untuk berinteraksi seterusnya memperdaya mangsa dengan barangan
berharga (parcel) dan ayat-ayat romantik.
Mangsa
kemudiannya diminta oleh suspek untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam
beberapa akaun tempatan sebelum suspek bertindak menghilangkan diri
daripada dikesan.







Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Sindiket Love Scam Tumpas
Menurutnya, pihak JSJK juga telah berjaya merampas 7 unit komputer riba, 3 unit komputer meja, 27 unit telefon bimbit, 2 unit 'Samsung Tablet', 3 unit 'external harddisk', 5 unit 'pendrive', 4 unit 'w..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-love-scam-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.