Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sindiket Love Scam Tumpas

Published: 17 Jun 2014 3.19 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Menurutnya, pihak JSJK juga telah berjaya merampas 7 unit komputer riba, 3 unit komputer meja, 27 unit telefon bimbit, 2 unit 'Samsung Tablet', 3 unit 'external harddisk', 5 unit 'pendrive', 4 unit 'w..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-love-scam-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:37 MYT

Kuala Lumpur, 29 April – Polis menumpaskan sindiket penipuan internet (Love Scam) yang dikendalikan oleh 14 lelaki warga Afrika selepas tiga wanita warga China kerugian hampir RM9.5 juta akibat ditipu sindiket terbabit akhir tahun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Dato' Wira Syed Ismail Syed Azizan berkata, kesemua mereka berumur antara 22 dan 32 tahun ditahan dalam empat serbuan berasingan di sebuah pangsapuri di Taman Mutiara Indah, Puchong pada 25 April lalu.

Menurutnya, pihak JSJK juga telah berjaya merampas 7 unit komputer riba, 3 unit komputer meja, 27 unit telefon bimbit, 2 unit 'Samsung Tablet', 3 unit 'external harddisk', 5 unit 'pendrive', 4 unit 'wireless router', 3 unit 'wireless broadband', 12 keping kad ATM dan 1 unit 'Magic Jack' – alat untuk membuat telefon menggunakan internet.

Berdasarkan maklumat dan risikan, sindiket ini telah menggunakan identiti 'Goodman' untuk berinteraksi seterusnya memperdaya mangsa dengan barangan berharga (parcel) dan ayat-ayat romantik.

Mangsa kemudiannya diminta oleh suspek untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam beberapa akaun tempatan sebelum suspek bertindak menghilangkan diri daripada dikesan.

Sindiket Love Scam Tumpas
Sindiket Love Scam Tumpas
Sindiket Love Scam Tumpas
Sindiket Love Scam Tumpas
Sindiket Love Scam Tumpas
Sindiket Love Scam Tumpas
Sindiket Love Scam Tumpas

ArticlePublished 17 Jun 2014 3.19 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM