
SINDIKET
JUAL BAYI DIPATAHKAN! Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri
Mohd Bakri Bin Zinin mengumumkan kejayaan JSJ D7 Unit ATIP Bukit Aman
menumpaskan sindiket penjualan bayi di sekitar Lembah Klang ketika
sidang akhbar di Bukit Aman petang tadi.
Hasil
maklumat orang ramai, pihak polis telah membuat beberapa serbuan di
perkarangan tempat letak kereta di Pasaraya Tesco Ampang, klinik swasta
di Pusat Bandar Utara Selayang, klinik swasta di kawasan Subang Jaya dan
berjaya memberkas 5 rakyat tempatan (1 lelaki, 4 wanita) dan 4 wanita
warga asing yang dipercayai terlibat dalam sindiket tersebut. Polis
turut merampas wang tunai, peralatan pemalsuan dokumen, rubber stamp,
telefon bimbit, dokumen laporan perubatan, dan kunci kenderaan yang
digunakan oleh suspek.
Susulan
kejayaan itu, 3 bayi dan 3 wanita (2 daripadanya sedang sarat
mengandung) berjaya diselamatkan. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen
14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.
Datuk
Seri Mohd Bakri menyeru kepada mana-mana pasangan yang ingin mengambil
anak angkat supaya mengikut saluran dan prosedur yang telah ditetapkan
oleh undang-undang. Mana-mana pihak atau orang awam yang mempunyai
maklumat mengenai sebarang aktiviti penjualan bayi dan pemerdagangan
manusia, sila salurkan kepada mana-mana balai polis yang berhampiran.
Berita lanjut di www.rmp.gov.my
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Sindiket Jual Bayi Dipatahkan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Bin Zinin mengumumkan kejayaan JSJ D7 Unit ATIP Bukit Aman menumpaskan sindiket penjualan bayi di sekitar Lembah Klang ketika sidang akhbar di ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-jual-bayi-dipatahkan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.