Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Tiga Suspek Kes Lepaskan Tembakan Di Wakaf Bharu

Diterbitkan: 16 Jun 2014 3.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
KOTA BAHARU, 19 Jan (Bernama) -- Polis berjaya menahan tiga suspek berhubung kes melepaskan tembakan ke arah seorang individu di kawasan Wakaf Bharu, Tumpat pada 24 Dis lepas, kata Timbalan Ketua Poli..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tiga-suspek-kes-lepaskan-tembakan-di-wakaf-bharu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:01 MYT
KOTA BAHARU, 19 Jan (Bernama) -- Polis berjaya menahan tiga suspek berhubung kes melepaskan tembakan ke arah seorang individu di kawasan Wakaf Bharu, Tumpat pada 24 Dis lepas, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Mazlan Lazim.

Beliau berkata susulan tangkapan ke atas dua lelaki berumur 37 dan 38 tahun serta seorang remaja perempuan berumur 19 tahun itu pada Khamis minggu lepas, polis menemui sepucuk pistol dan tujuh biji peluru yang diletakkan dalam satu bungkusan plastik di satu kawasan semak di Kubang Kerian.

"Ketiga-tiga suspek ditahan di sebuah rumah di Kampung Cherang, di sini, petang Khamis minggu lepas. Dua di antara suspek merupakan pasangan kekasih.

"Mereka ditahan kerana dipercayai terlibat dengan satu kejadian melepaskan dua das tembakan yang berlaku di kawasan Wakaf Bharu, Tumpat pada 24 Disember lalu," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Mazlan bagaimanapun enggan memberikan butiran lanjut mengenai kes tembakan itu dan individu yang dijadikan sasaran dalam kes itu.

Katanya hasil siasatan ke atas seorang daripada suspek lelaki berkenaan, polis percaya dia terlibat dengan satu kes mendatangkan kecederaan di Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini pada 25 Dis tahun lalu.

Beliau berkata siasatan mendapati dua daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau dalam penyalahgunaan dadah.

Mazlan berkata kesemua mereka kini ditahan reman sehingga esok untuk siasatan.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 3.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM