Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sindiket Jual Bayi Dipatahkan

Published: 16 Jun 2014 3.19 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Bin Zinin mengumumkan kejayaan JSJ D7 Unit ATIP Bukit Aman menumpaskan sindiket penjualan bayi di sekitar Lembah Klang ketika sidang akhbar di ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-jual-bayi-dipatahkan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:44 MYT

Sindiket Jual Bayi Dipatahkan

SINDIKET JUAL BAYI DIPATAHKAN! Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Bin Zinin mengumumkan kejayaan JSJ D7 Unit ATIP Bukit Aman menumpaskan sindiket penjualan bayi di sekitar Lembah Klang ketika sidang akhbar di Bukit Aman petang tadi.

Hasil maklumat orang ramai, pihak polis telah membuat beberapa serbuan di perkarangan tempat letak kereta di Pasaraya Tesco Ampang, klinik swasta di Pusat Bandar Utara Selayang, klinik swasta di kawasan Subang Jaya dan berjaya memberkas 5 rakyat tempatan (1 lelaki, 4 wanita) dan 4 wanita warga asing yang dipercayai terlibat dalam sindiket tersebut. Polis turut merampas wang tunai, peralatan pemalsuan dokumen, rubber stamp, telefon bimbit, dokumen laporan perubatan, dan kunci kenderaan yang digunakan oleh suspek.

Susulan kejayaan itu, 3 bayi dan 3 wanita (2 daripadanya sedang sarat mengandung) berjaya diselamatkan. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Datuk Seri Mohd Bakri menyeru kepada mana-mana pasangan yang ingin mengambil anak angkat supaya mengikut saluran dan prosedur yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Mana-mana pihak atau orang awam yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti penjualan bayi dan pemerdagangan manusia, sila salurkan kepada mana-mana balai polis yang berhampiran. Berita lanjut di www.rmp.gov.my

ArticlePublished 16 Jun 2014 3.19 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM