Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sindiket Edar Dvd Haram Terbesar Tumpas

Diterbitkan: 13 Jun 2014 3.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Satu sindiket pengedaran cakera video digital (DVD) cetak rompak dan lucah terbesar di negeri ini tumpas selepas polis merampas pelbagai jenis peralatan untuk memproses cakera optik..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-edar-dvd-haram-terbesar-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:14 MYT

PULAU PINANG 17 Februari 2010 - Satu sindiket pengedaran cakera video digital (DVD) cetak rompak dan lucah terbesar di negeri ini tumpas selepas polis merampas pelbagai jenis peralatan untuk memproses cakera optik itu bernilai lebih RM10 juta di sini hari ini.

Kejayaan dicapai selepas polis menyerbu sebuah premis di Lebuh Macallum kira-kira pukul 3 petang ini, hasil risikan sepasukan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK)  di kedai terbabit selama tiga hari.

Ketua Polis Pulau Pinang, DCP Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakob berkata, dalam serbuan itu, tujuh individu iaitu tiga lelaki Myanmar dan empat lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an dipercayai pekerja premis itu turut ditahan.

Menurutnya, polis merampas sebuah mesin pencetak khas yang dipercayai diimport dan mampu menghasilkan 6,000 keping DVD dalam tempoh sejam.

"Sebanyak 10 buah pembuat salinan DVD yang mempunyai 120 dek dan mampu menghasilkan 10,000 keping DVD dalam tempoh sejam dan pelbagai perkakasan lain turut dirampas.

"Dalam serbuan itu, kita turut merampas sebanyak 200,000 keping DVD yang siap dicetak dan dipercayai untuk edaran di kawasan utara," katanya kepada pemberita di premis yang diserbu itu di sini hari ini.

Tambahnya, semasa serbuan dilakukan, kesemua pekerja sedang leka dengan tugas masing-masing di premis itu.

Kata beliau, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan telah beroperasi di premis itu sejak dua bulan lalu.

"Kesemua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan. Polis akan menggiatkan usaha untuk mencari saki baki ahli sindiket terbabit termasuk memburu ketuanya," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 18(4) Akta Hak Cipta 1987 dan Seksyen 41(D) Akta Hak Cipta 1987.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 3.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM