Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sindiket Edar Dadah Sungai Petani Kecundang

Diterbitkan: 25 Sep 2014 6.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dua lelaki tempatan ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah dalam satu serbuan yang dijalankan di kawasan letak kereta sebuah pusat membeli belah di Sungai Petani, Kedah pada 18 September lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-edar-dadah-sungai-petani-kecundang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:59 MYT

Kuala Lumpur, 25 Sept – Dua lelaki tempatan ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah dalam satu serbuan yang dijalankan di kawasan letak kereta sebuah pusat membeli belah di Sungai Petani, Kedah pada 18 September lepas.

Dalam serbuan tersebut, pihak polis merampas 9.8 kilogram (kg) ganja, 4.6 kg heroin dan 560 gram syabu dalam kereta yang dinaiki kedua-dua lelaki tersebut.

Semakan rekod jenayah kedua-dua suspek mendapati seorang daripada mereka mempunyai 25 rekod lampau dan nilai pasaran dadah yang dirampas dianggarkan RM 150,000.

Kedua-sua suspek kini ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pihak polis kini sedang menggiatkan usaha dalam mengesan saki baki ahli sindiket yang terlibat.

ArtikelDiterbitkan 25 Sep 2014 6.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM